Friday, September 12, 2008

Keterlanjuran Akibat Godaan Adik Ipar


P/s : malas nak letak citer2 mcm nih...tapi terpaksa untuk teladan kita bersama. semoga kita mengambil iktibar atas ape yang telah terjadi kepada saudara kita ini.Sesungguhnya Manusia tu Lemah tanpa iman dan ujian!



E-mel yang diterima dari seorang suami yang menghadapi dilema dalam rumahtangganya membuatkan saya berfikir adakah wajar 'menumpangkan' adik-beradik atau saudara-mara di rumah sendiri. Luahan Anuar (bukan nama sebenar) kepada wartawan PCM, merungkai masalah yang sedang dihadapinya untuk dikongsi bersama. Ikuti luahan selanjutnya.

Saya telah mendirikan rumahtangga dengan Ina (bukan nama sebenar) lebih kurang empat tahun yang lalu. Hasil daripada perkongsian hidup, kami dikurniakan sepasang cahayamata yang comel, dan kami sedang menunggu hari untuk menyambut kelahiran anak yang ketiga.Memandangkan keadaan Ina yang semakin tidak berdaya, Ina meminta tolong adiknya Ida (bukan nama sebenar) yang kebetulan baru selesai menduduki peperiksaan SPM untuk tinggal bersamanya, bagi membantunya untuk menguruskan rumah. Pada mulanya, saya agak keberatan untuk meminta pertolongan dari adik ipar saya, tetapi memandangkan keadaannya itu, saya beralah. Sejak Ida tinggal bersama kami, kami melayannya sebaik yang mungkin. Jika boleh kami cuba menyediakan segalanya untuk keselesaannya. Alhamdulillah, dengan kehadiran Ida di rumah itu, kerja-kerja Ina menjadi semakin ringan, ini kerana adik ipar saya juga ringan tangan seperti kakaknya. Anak-anak saya juga agak rapat dengan mak tehnya.Setiap hari, Ida akan menyediakan makanan untuk kami sekeluarga. Biarpun dilarang oleh isteri saya, Ida tetap berdegil dan memasak untuk kami. Katanya bosan duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa. Begitu juga dengan kerja-kerja rumah yang lain. Hingga boleh dikatakan Ina hanya 'cuci tangan', kerana segalanya diuruskan oleh Ida, sementara Ina banyak menghabiskan masanya di bilik, kerana tidak larat untuk melakukan sebarang kerja rumah. Semakin hari saya merasa tidak sedap hati dengan tingkah laku adik ipar saya. Setiap kali saya pulang dari kerja dia akan menyambut kepulangan saya, kemudian dia akan menyediakan air sejuk sebelum saya mandi dan sewaktu makan malam, dia akan menyendukkan nasi dan meletakkan lauk di dalam pinggan saya. Apa yang merunsingkan saya, Ida akan mengambil kesempatan setiap kali Ina tiada di sisi saya. Lagaknya tak ubah seperti isteri yang melayan suami. Suatu hari, Ina mengadu sakit yang teramat sangat. Saya berasa tidak sedap hati lalu membawanya ke hospital. Ina yang menjalani rawatan, ditahan di dalam wad kerana kekurangan air. Saya diminta untuk pulang dan mengambil beberapa barang keperluan untuk kegunaan Ina di wad.Sebaik sahaja pulang ke rumah, seperti biasa Ida akan menyambut kepulangan saya dengan pakaian yang agak keterlaluan. Dia bertanyakan keadaan Ina dan saya menjelaskan serba sedikit lalu menuju ke bilik untuk mengambil barang-barang yang diperlukan. Sedang saya asyik memasukkan barang-barang ke dalam beg, Ida menghantar minuman ke bilik saya, lalu menutup rapat pintu bilik saya. Saya sedikit terkejut dan menyuruhnya membuka semula pintu tersebut. Ida tidak menghiraukan kata-kata saya, sebaliknya menghampiri saya, lalu memeluk saya dari belakang. Saya semakin kaget dengan belaian dan sentuhan lembut darinya. Ida terlalu bijak dalam memainkan peranannya. Akhirnya saya merelakan segala perbuatan Ida, dan kami telah melakukan perkara yang dilarang dalam Islam. Tersedar dari kesilapan itu, saya merasa bersalah dan berdosa kepada isteri dan anak-anak. Sehingga kini, isteri dan anak-anak tidak tahu akan keterlanjuran saya bersama Ida. Mengingati perkara itu saya menjadi tidak keruan, adakah perlu saya berterus-terang kepada isteri saya, atau merahsiakan sahaja perkara tersebut, demi menjaga keharmonian rumahtangga kami.


komen yang diberikan oleh netters yang membaca cerita ini:


Oleh azman_83 pada 02/07/2008 - 4:25 PM
nama pun lelaki kan... sentiasa la berdoa agar tuhan tu kuat kan iman kt yaaaa....
Oleh angah_yuyu pada 20/06/2008 - 4:50 PM
biasa la godaan syaitan... tak kuat iman lemah kita jd nya... bertaubat lah.. sesungguhnya tuhan maha pengampun lg maha mengasihani..
Oleh nuralyza_2807 pada 03/04/2008 - 4:02 PM
SAYA SETUJU DGN ALIAH_80..MENYESAL DAHULU PENDAPATAN, MENYESAL KEMUDIA TIADA GUNA...DGN MUDAH AWK LUPAKAN ISTERI MENGANDUNG YG SEDANG SAKIT DIHOSPITAL...HMMM...XDPT SAYA BYGKAN BETAPA REMUKNYE HATI SI ISTERI..
Oleh nazza95 pada 11/02/2008 - 4:46 PM
mmm...susah nak caya citer ni, cam tak logik jer..macam citer dalam Drama Swasta. Apa2 pun..pk2la
Oleh aliah_80 pada 24/01/2008 - 4:00 PM
tak sangka adik sendiri akan buat menda yang terkutuk tu...dan suami plak nape sampai camtuh sekali...senang sangat digoda...dan tergoda...isteri mana yang boleh terima...mesti isteri 2 menyesal kawin dengan awk...susah payah mengandungkan anak awk...dan akhirnya ni yang awk balas...
Oleh Kiryu012 pada 22/01/2008 - 2:54 AM
Entah lah... yang penting tepuk dada tanya iman... Berani layan, berani tanggung laaaa.....
Oleh anne_84 pada 10/10/2007 - 11:00 AM
Astaghfirullah....macam2 perkara boleh terjadi kalau iman kt tidak kuat... Godaan syaitan ada dimana2...lebih2 lagi tinggal berdua saja di tempat yang sunyi..Suami hendaklah bertaubat dan memberi tahu isteri perkara yang telah berlaku...Saya nasihatkan ipar duai janganlah tinggal bersama tanpa ada orang tua.
Oleh suhazmi pada 26/09/2007 - 4:00 PM
subhanallah.. tak tahu nak cakap macam maner, syaitan dimana2
Oleh aleeya_75 pada 25/08/2007 - 11:43 AM
tak tau nak ckp apa ye..bertaubat lah sebelum terlambat, ingat yang maha Esa banyak-banyak, insyallah kita akan terpelihara, bagi adik ipar tu hantar lah pulang ke kampung supaya takkan berulang lagi.
Oleh masswann pada 17/08/2007 - 10:17 AM
bertaubatla segera..
Oleh aleeya pada 10/08/2007 - 10:18 AM
Masya Allah...kenapa tak ambik maid jer...sebenarnya pada saya kalau nak ambik adik beradik ,sedaramara atau ipar duai sekali pun utk duduk sekali dalam tempoh yg lama adalah tak elok....sebab mendorong kepada ketelanjuran.... Lagipin kalau tata kehidupan saharian tak mematuhi rukun dan tuntutan dlm islam itu lah akibatnya....taubat nasuha la kamu berdua moga Allah Swt mengampuni anda...Lagi satu keluar kan la adik ipar tu secepat yg mungkin supaya penyakit jiwa tidak meracuni...
Oleh sayfull_0303 pada 05/06/2007 - 3:14 PM
aduh.. terlanjur macam tuh plak... kalo igtg isteri mestilah tak wat.. ni igt setan dalam kepala otak tuh... tu yg jadi macam tuh... tobat lll
Oleh newmama pada 03/06/2007 - 1:17 AM
jahat gle!!!setan tul!!!
Oleh linda_1104 pada 13/12/2006 - 1:50 AM
semoga keterlanjuran ini menjadi kesilapan pertama dan terakhir... bertaubatla... dan terimala keputusan andai yer isteri mahukan perpisahan....
Oleh dzarien pada 27/11/2006 - 1:25 AM
lemah iman dek... biasalah bila isteri sakit... alasan jek digoda adik tu... sama-sama nak tu... kalau ko dah tau adik ipar tu gatai ngan hang bagi tau le kat mak dia... suh dia balik ke... apa2 la... yang sebenornya nko pun tak tahan... bebanyak betobat kiamat sudah dekat...ooooo
Oleh putupiring pada 06/11/2006 - 5:28 PM
akibat zina adalah berpanjangan... saya sarankan agar sentiasa menjaga solat 5 waktu ... insyaallah walau digoda supermodel pun, telinga, mata dan hati tetap terpelihara daripada syaitan,
Oleh wan_sha pada 06/11/2006 - 5:27 PM
berterus terang aje dgn isteri saudara sblm adik ipar saudara sendiri yg buka citer...lg teruk klu adik ipar saudara tue menmbh2 citer di antara saudara dan adik ipar saudara tue...mmg la pahit nak terima hakikat bg sorg kakak, yg adik sndiri sggup wat mcm tue tapi saudara perlu kuat & bersabar di atas sgala hukuman yg akan saudara terima drpd isteri saudara nnti...tapi saudara perlu berterus terg pd isteri saudara pd ms yg sesuai & pastikan adik ipar saudara masih blm berciter dgn isteri saudara...n lagi satu saudar perlu bertegas pd idik ipar saudara & minta supaya dia keluar drpd rumah tue secepat mgkin sblm sesuatu yg lbh buruk berlaku....yg selebihnya saudara perlu berdoa & bertawakal kpd-Nya...
Oleh adydina pada 19/10/2006 - 5:20 PM
minta maaf cakap la...abg ipar pun buaya..
Oleh kupukupu pada 21/08/2006 - 6:58 PM
Nak mencelah juga...... Saya tidak pasti bagaimana rasanya bila lelaki tergoda? Adakah dengan godaan yang begitu, lelaki boleh hilang pertimbangan sehingga melupakan keadaan isteri yang sedang sakit di hospital? Atau mungkin kerana si suami sudah lama tidak mendapat habuannya, maka dia tidak dapat mengawal nafsu dan keinginannya? Walau apa pun, perkara sudah pun terjadi. Bertaubatlah dan berusahalah untuk menjauhi adik ipar anda. Saya nasihatkan anda tidak menceritakan hal ini kepada isteri anda kerana cerita yang begini akan melukai hati nya. Berdoalah kehadrat Allah, supaya rumahtangga anda aman dan mohonlah supaya di jauhkan diri anda dari masalah2 yang sama daripada berulang lagi.
Oleh dania_zulia06 pada 19/08/2006 - 4:44 PM
Saya rasa anda perlu berterus terang agar tidak berlaku pertelingkahan yang akan datang lebih memburukkan lagi keadaan saudara.Memang perit untuk diterima mana2 wanita sekalipun apabila menerima perkhabaran seperti itu.Namun isteri saudara pun manusia sebagai mana yang kita tahu setiap perilaku manusia mesti ada kesilapan dan kesalahannya.Cuma ia akan mengambil masa sedikit untuk buang yang keruh dan mengambil yang jernih.Nasihat saya,saudara perlu bertegas dengan adik ipar saudara dan berbincang dengan isteri saudara agar meminta adik ipar saudara pulang kembali ke kampung.Itu sahaja yang mampu dapat saya cadangkan.
Oleh iqa_cyu pada 22/07/2006 - 2:47 PM
nasi dah menjadi bubur.... masa tak dapat diputar blk..... bertaubat la bersungguh2.... selesaikan dan bincang dgn adik ipar supaya sama2 bertaubat... elakkan dari bertemu... dan lupakan apa yang telah berlaku... sentiasa igt anak dan isteri... layanlah mereka sebaik mungkin.... semoga saudara bahagia....
Oleh helmyc pada 13/07/2006 - 10:14 AM
kekuatan iman adalah benteng yang paling utuh..godaan syaitan mmg menyesatkan manusia.anuar,nasi telah menjadi bubur...takda apa yg boleh anda lakukan selain berterus terang dengan isteri
Oleh c_mama83 pada 13/07/2006 - 8:48 AM
ek elleh...baru digoda sikit, da buat benda yang terlanjur. mengaku je lah yang awak tu pun 2x5 gatal juga. kalau awak tu suami yang cinta, sayang dan setia dekat isteri awak, memang gerenti perkara keterlanjuran itu tidak berlaku.
Oleh deqna2001 pada 10/07/2006 - 4:03 PM
erm...macam2 kan? tapi kalau di beritahu nanti lain pulak jadinya..tak ke haru..tapi kalau tak beritahu mana la tau takut2 si adik ipar pulak yang bagi tau lagi parah...so kene la fikir masak2
Oleh honey_sayg pada 22/06/2006 - 7:51 PM
uiksss....
Oleh mrs-effende pada 09/05/2006 - 4:33 PM
a kum, bagi pandangan saya..... ada baiknya sekiranya saudara berterus terang dengan isteri saudara. Tapi saya harus ingatkan saudara, mungkin isteri saudara akan menyebelahi adiknya.... dan mengatakan saudara yang mengambil kesempatan. Sebelum berterus terang dengan isteri saudara tunggu lah masa terbaik.... sebaik-baiknya selepas dia habis berpantang... dan sembahyang hajatlah banyak2... mintak pertunjuk dari Allah SWT... mudah-mudahan Allah dapat membuka hati isteri saudara untuk memahami saudara. Tetapi saudara harus ikhlas dan berada di pihak yang benar.... kerana Allah hanya akan berpihak kepada yang benar.... yang salah tetap akan bersalah.... Berusahalah saudara... Allah akan bersama hambanya yang benar... wasallam
Oleh matnor pada 25/04/2006 - 9:39 AM
sekadar nasihat... apa yang tak diingini telah pun terjadi...apa yang boleh saya katakan disini adalah mencari jalan yang terbaik untuk mengelakkan daripada perkara ini daripada terus berulang... cara yang terbaik ialah menghantar pulang adik ipar saudara ke rumah keluarganya...pasal keterlanjuran saudara dengan adik ipar tu memang ler patut diberitau oleh isteri saudara,tapi mestilah mencari masa yang paling sesuai agar ianya tidak menghalang keharmonian rumahtangga saudara..tapi berterus terang adalah cara yang terbaik daripada biarkan isteri saudara mendapat tau benda yang telah berlaku dari mulut orang lain....
Oleh afzazila pada 18/04/2006 - 9:39 AM
oooo, rasanya baik berterus terang tidak baik sembunyi lama2 lama kelamaan benda ini akan terbongkar jugak..hal ini kerana bukan salah saudara salah adik ipar saudara yang menggoda saudara, mana tahu isteri saudara boleh terima dengan berterus terang..Cuba la.
Oleh nizams pada 16/04/2006 - 3:44 PM
Ermm..bro..keadaan di luar jangkaan..Kebaikan yang kita lakukan telah disalah eritkankan dan segala peluang yang ada di gunakan ke jalan kemungkaran...Masih ada masa untuk memperbetulkan kesilapan dan sesngguhnya Allah itu maha megampuni akan dosa hambaNya dengan syarat hambaNya itu sedar akan kesilapan yang berlaku dan bertaubat kembali kepadanNya..Jauhi diri dari dibelenggu dari rasa bersalah sesungguhnya kita hambayNya yang kerdil ini tidak seorang pun akan terlepas dr melakukan kesilapan...
Oleh shiem pada 11/03/2006 - 3:23 PM
BeraNi keRANa BeNAr TaKut keRANa SaLaH. BerKata benar Pun SuSah SebaB Akan MerEtaKKaN HuBuNGan SuaMi IsTEri. SeMbUNyi puN SaLaH. OleH Itu berTauBatlah SeeLokNya. YaNg LePAs Tue BiarLah berLalU. MuLaKn hiDup Baru...
Oleh zetty pada 10/03/2006 - 2:43 PM
Suami hendaklah berterus terang kepada isteri. Buatlah keputusan yang terbaik dan adil bagi kedua-dua pihak sama ada suami isteri dan adik ipar.
Oleh queen nurr pada 27/02/2006 - 3:36 PM
BERTEPUK SEBELAH TANGAN TAK AKAN BERBUNYI.... SAAT ITU KEIMAN KAMU DIUJI....NYATA.......
Oleh amanda79 pada 09/02/2006 - 2:56 PM
berani buat berani tanggung...hadapilah kenyataan bagi suami ida..sekiranya dia takut diselebungi peristiwa ini sepanjang hidpunya...mendiamkan diri x menyelesaikan masalah...
Oleh seri_mutiara pada 08/02/2006 - 2:01 PM
x sangkanyer..
Oleh adie_sha pada 08/02/2006 - 10:40 AM
malu saya dengan sikap ida,dia telah menjatuhkan maruah sebagai seorang perempuan....
Oleh kitty pada 07/02/2006 - 12:41 PM
Ya Allah... Betapa sedih dan hancurnya hati kalau saya jadi kakak kepada perempuan tersebut. Sampai hati seorang adik sanggup berkelakuan macam itu.
Oleh hariati pada 06/02/2006 - 6:00 PM
Tepuk dada........
Oleh dyann pada 05/02/2006 - 1:18 AM
ada jugak pempuan macam ni.. laki kakak pun nak digoda.. jangan ikut perasaan.
Oleh ciksarebunga pada 03/02/2006 - 4:15 PM
nauzubillah.. sesungguhnya bila anak adam berdua2an..akan ada syaitan diantaranya..
Oleh basyir pada 17/03/2005 - 10:56 AM
Sememangnya kita ni adalah manusia biasa dan tek terlepas daripada melakukan kesilapan, baik dengan manusia ataupun dengan allah.... so.. perkara dah terjadi, kita terima lah hakikat dan mestilah bertaubat dengan bersungguh-sungguh serta berbanyakkanlah bersabar kerana sesungguhnya kesabaran itu dapat melunturkan bumi dan seisinya.Perbanyakkanlan amal ibadah dan berzikir kepada allah serta menyesali akan perbuatan yang telah kita lakukan, serta berazam supaya tidak akan mengulanginya lagi dimasa yang akan datang dan seterusnya.....WASSALAMUALAIKUM....
Oleh kew_chop pada 25/05/2004 - 11:50 AM
ya Allah kenapa bole jadik camni.. kenape diikutkan nafsu... ya Allah, semoga dijauhi perkara ini daripada kaum kerabatku, keturunanku, sahabat handai ku dan semua umat Islam...
Oleh Norafizah pada 31/10/2003 - 9:30 PM
erm...untuk pengetahuan semua pelayar portal ini, cerita yang disiarkan ini adalah kisah benar dan bukannya rekaan semata-mata. Kisah ini diceritakan sendiri oleh si suami kepada saya. Walau apapun kami di sini tetap merahsiakan segala yang peribadi milik si mangsa. Luahan ini adalah untuk dijadikan pengajaran kepada kita semua... Sama2 lah kita mengambil iktibar darinya...
Oleh mat8876 pada 28/10/2003 - 2:12 PM
betull cerita nii atau rekaan semata2... tapi apa pun ambilahnya sebagai pengajaran pada semua pihak. benda dah berlaku biarlah nak buat macam mane lagi... lebih baik jangan cerita kepada isteri u kalau nak rumahtanga u selamat, sayangkan anak2 dan rumahtangga u (tidak bercerai).... kalau tak percaya cubalah cerita kepadanya...kpd org lain yg ada adik @ orang gaji yg seksi2 tuu nasihat dan berwaspada sikit.. mungkin juga sebab dia orang nii sudah ada pengalaman dgn kawan2 mereka, CD @ majalah lucah dsb... BERINGAT SEBELUM TERLANJURtapi kalau ikut hukum hudud si suaimi tu dah kene hukum sula @ rejam sampai mati tau....