Thursday, August 7, 2008

Bukan Cantik Tetapi Perangai..

"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.." Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa?
Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji. Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.
Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada.
Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan menyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita.
Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran: "Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl: 53 Wallahu a'lam... Semoga kita sentiasa dibimbingNya dalam bermujahadah menjadi yang terbaik... Yang baik datang dari Allah S.W.T & yang kurang itu is from my weaknesses..,

Luahan Hati Lelaki Yang Dibenarkan Kawin Lagi...

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan'. Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih sengih aje lah I at that time.
'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan kawan aku siap pegi Siam nu nak nikoh lagi satu, ni siap suruh lagi.tak tahulah kalau isteri say tu main reverse psikologi dengan saya. Tapi lepas saya berfikir panjang, rasa rasanya tak nak lah. Sebab apa ? Bila mengenangkan awak dah 40. Let say kalau I kahwin dengan anak dara.Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar tu aje lah. Tentang makan minum, pakai I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siap mandi dan segala gala nya lah. Rasa rasa dapat ke isteri muda I buat gitu. Tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I dah tua. Mesti dia kata I ni mengada ngada.
Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain. anak anak lebih tertekan. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Diorang tentu dah tak rapat dengan I. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada> experience dengan isteri pertama-bagaimana kelam kabut! nya dia menguruskan anak-anak) sedangkan dirumah isteri tua, anak anak sedangseronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok.Paling lama setahun. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama. Tapi masa tu kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah nih sila kanlah. Tapi bagi saya selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah saya tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu saya rasa tak pernah kurang pun layanan isteri terhadap saya.
Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila saya sebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke?Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial...

Tanda Si Dia Teman Sejiwa

SETELAH sekian lama menjalinkan hubungan cinta, ikatan antara kamu dan dia diibaratkan seperti dua kutub yang berbeza. Mungkinkah si dia teman sehati sejiwa yang dicari selama ini? Atau lebih baik putuskan sahaja hubungan dengannya? Baik wanita mahupun lelaki, dapat dihitung dengan jari berapa kali mereka berperang dingin selama menjalin hubungan. Ia sama rutinnya dengan jadual menstruasi wanita pada setiap bulan. Kebiasaannya, pertelingkahan akan tercetus disebabkan kurang persefahaman, komunikasi atau tingkah laku baik lelaki mahupun wanita, tetapi masing-masing tidak mahu mengakui kesalahan diri sendiri meskipun merasakan terdapat persamaan antara mereka. Kata orang, pergaduhan selalunya akan berakhir dengan ikatan kasih sayang tetapi ada juga yang diakhiri dengan ucapan selamat tinggal. Jalan terbaik, kumpul dan jumlahkan masa pertengkaran kamu berdua, lantas anggaplah sebagai satu indikasi bahawa si dia bukan lagi teman sehati sejiwa kamu.
*** Membaca tanda Penantian seribu penyeksaan.
Ramai orang mencari dan menunggu insan bergelar teman sejiwa sehingga bertahun-tahun lamanya. Malah, ramai juga yang mempercayai ada seseorang yang diciptakan untuk mereka. Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Rutgers Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2001 mendapati, 94 peratus daripada masyarakatnya yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 29 tahun mengharapkan pasangan mereka menjadi teman sehati sejiwa selepas berkahwin. Sehingga kini, tiada lagi teori yang mengatakan semua orang memahami definisi belahan jiwa. Secara umumnya, definisi teman sehati sejiwa adalah seseorang yang mempunyai cara pemikiran dan perasaan yang sama atau secocok dengan pasangannya. Merujuk pada buku 21 Ways to Attract Your Relationship oleh seorang pakar perhubungan, Arian Sarris, beliau telah memberikan beberapa ciri-ciri seorang teman sehati sejiwa, dalam mengukuhkan lagi ikatan cinta dengan pasangannya.
*** Saling membantu
Tidak kira siang atau malam, panas atau hujan, kamu dan si dia sentiasa saling bantu-membantu. Bantuan yang dihulurkan tidak perlulah melibatkan orang lain. Ini kerana, dengan hanya melibatkan tenaga kamu berdua, semua yang dilakukan akan terasa lebih menyenangkan.
*** Bersikap santai
Adakah si dia seorang yang bersikap santai ketika bersama kamu? Ini bukan bermakna dia bersikap berlebih-lebihan untuk mengesan gerak-geri kamu, tetapi dia tidak terlalu memilih atau mementingkan cara berpakaian, gerak-geri, cara berbicara sewaktu bersama kamu. Setiap ucapan yang dilemparkan tampak begitu spontan dan tidak palsu.
*** Konteks jiwa
Kehadiran kamu seperti sudah dikurniakan untuknya. Tanpa perlu berbicara, kamu dan si dia seperti sudah memahami apa yang ingin dikatakan. Saling memahami hati dan perasaan, sehingga boleh menduga setiap reaksi serta fikiran pasangan pada situasi yang tertentu.
*** Tidak kenal erti jemu
Meskipun hampir berjam-jam kamu dan si dia menghabiskan masa bersama, tetapi perkataan jemu atau bosan tidak pernah sesekali bermain di bibir. Bagi kamu, tiada yang lebih membahagiakan selain dapat bersama.
*** Hadir di setiap situasi
Siapakah insan pertama yang akan hadir tatkala kamu dirundung masalah? Adakah dia atau teman-teman sepejabatmu? Sekiranya ya, dia seorang yang paling memahami kamu sekali pun ketika di saat mengalami simptom pramenstrual. Tanpa perlu dipinta, dia seringkali datang kepada kamu dalam apa jua situasi yang berlaku.
*** Saling terbuka Di hadapannya,
kamu sering menceritakan tentang masa lampau ahli keluarga dan begitu juga sebaliknya. Bercerita tentang apa yang pernah kamu berdua lakukan pada masa lalu, tanpa mengubah perasaan kamu berdua. Kamu tidak malu untuk memperlihatkan kekurangan diri, bahkan tiada masalah apabila tampil kelakuan aneh di hadapannya. Jika tanda-tanda ini terdapat pada si dia, kamu memang seorang yang beruntung. Namun, bagaimana pula di sebaliknya? Jangan terburu-buru untuk membuat keputusan, fahami dan bincang secara profesional.
*** Cinta perlukan ujian
Sebahagian besar pasangan yang baru menjalinkan hubungan cinta akan menganggap, mereka sememangnya ditakdirkan untuk bersama. Tetapi pada umumnya, perasaan manis itu akan berakhir jua setelah persoalan hidup mulai timbul. Kadang-kadang, manusia sering termakan tema percintaan. Bila merasakan diri tidak secocok, lalu mereka akan mengambil kesimpulan dengan cara memutuskan sahaja perhubungan. Apa yang berlaku akan dijadikan kebenaran untuk mengakhiri sesebuah hubungan? Padahal, untuk menjadi seorang teman sehati sejiwa, ia perlu diuji dengan ketepatan waktu dan cara menambat hati pasangan.

Wednesday, August 6, 2008

5 Kesilapan Bercinta

1. Bercinta kerana Harta
tidak ada gunanya hidup dilimpahi dengan harta, tetapi tanpa cinta. Hartan datang dan pergi setaip saat. Cinta yang sesat dapat diperolehi setiap saat, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.
2. Bercinta kerana perasaan asmara
Rasa tertarik dan simpati, yang merupakan asmara yang serong disalah ertikan sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara cepat berubah oleh rupa, harta, tempat dan keadaan. asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan ujian. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.
3. Bercinta kerana rupa
Kecantikan luaran memang indah, tapi boleh luntur termakan usia. oleh itu apa yang lebih penting adalah kecantikan dalaman seseorang kerana ianya tidak akan luntur selagi nyawa dikandung badan.
4. Bercinta kerana rasa kasihan.
rasa kasihan memang baik dan harus ada dalam hidup kita. tapi tidak boleh menjadi sebagai dasar dalam percintaan. kasihan boleh hilangs eta merta, tetapi kasih tidak berkesudahan. percintaan adalah kasih, bukan kasihan.
5. Bercinta untuk kepuasan nafsu
memang seks itu suci dan penting dalam hubungan suami isteri, namun tidak bolek menjadi tujuan utama mencari pasangan. Seks hanyalah salah satu bahagian daripada perkahwinan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptanya sendiri.

xxx Rahsia Warna Baju Lelaki xxx

Merah
Melambangkan sikap dominant, kuasa dan pehatian. Lelaki yg berbaju meah tak takut untuk menonjolkan dirinya dikalayak ramai. Juga turut dikatakan mempunyai sexual energy yg tinggi.
Merah Jambu
Mat jambu?..hehehehhe.. mane ade lelaki yg suka digelar cam tu. Kalo ade le pasangan korang yg pakai kaler nih, mungkin dia nak mencerminkan attitude nye yg bagus, tenang dan kesihatan dia yg bagus.. (pink of health). Tapi tak semua nyer tepat!
Hitam
Em, warna yg paling popular dlm ape gaya skali pun. Biase nyer lelaki yg suke pakai keler nih, nak kasi tau kat korang yg dia nih mahu dilihat bergaya elegen, mempunyai kuasa dan mempunyai sokongan org disekelling dia. Kalo kaler ni dikenakan kemas, ia membayangkan imej yg rapi, simple tapi... ... ... ... ... .. versatile! Tapi, lelaki yg memakai kaler ni jugak dikatakan amat mementingkan dirinyer sendiri dan tak suke decontrol oleh teman nyer! Tapi,,,,kalo serba hitam sepanjang masa... . berkabung la kot!
Putih
Pakaian putih memberi maksud bersih, suci dan tidak tercemar! (Extrmely clean appearance). Dengan syarat, pakaia tadi tidak kotor, tidak bercapuk2 @ bertompok2. ade juga yg mengatakan kaler nih mencerminkan si pemakai mempunyai status sosial yg tinggi, keran ia ampak mahal mungki juga sebab kaler putih yg sukar dijaga.
Biru
Menegaskan sikap pemakainya yg boleh dipercayai dan mudah mesra. Kaler ini juga boleh mengubah penampilan si pemakai kepada lebih serius, matang serta menyerlahkan sisi intelektualnyer!. Lelaki yg suka pakai kaler ni pun, dikatekan berjiwa lembut, mudah mengalah, tidak perbalahan dan sanggup buat ape saje untuk pasangannyer! (bertuah badan dapat pakwe yg nih)
Kuning
Amat merangsang visual dan pemikiran! Lelaki yg suke pakai kaler nih dikatekan cuba memaparkan sikap optimistic, yakin terhadap kerjaya dan masa depan. Burgundy Dikaitkan dengan �passion� dan semangat yg tinggi. Turut dianggap warna yg mewakili status tinggi dan lambing kemewahan
Hijau
Lelaki yg pakai kaler nih, dikatekan selalu bersikap tenang dan relaks dlm ape jua keadaan. Mereka tidak mudah melatah, marah malah dikatakan bijak megendalikan hal2 kewangan! Coklat
Kaler ni suatu mase dulu pernah dikaitkan ngan gaya tidak formal, tapi sekarang tidak lagi! Ianyer menjadi kaler alternative untuk ke office selain kaler hitam, putih @ kelabu. Lelaki yg suker pakai kaler ni, dipercayai selalu bersikap penyabar, tidak suke cakap besar, matang dan bertanggungjawab disamping selalu merendah diri.
Kelabu
A touch of class. Warna kelabu mudah di suaipadan dgn sebarang kaler lain. Ia memperlihatkan personality lelaki yg efisyen, bijak dan tegas! Tapi, lelaki yg berpakaian kelabu turut dikatakan amtlah perlahan dlm membuat keputusan!

Kenali Si Dia.....

Kenali Si Dia
Perempuan membentuk hubungan cinta dengan berbual dan bercakap manakala lelaki membentuk hubungan cinta dengan melakukan kegiatan secara bersama. Oleh itu, lelaki perlu banyak bercakap dengan bakal pasangan mereka dan perempuan perlu lakukan aktiviti secara bersama dengan bakal kekasihnya.

Kenali dirinya
Sebelum benar-benar bertekad memilih dia menjadi buah hati kita, pastikan kita mengenali sedikit sebanyak siapa dirinya dahulu. Manalah tahu, takut tidak sesuai pula. Kalau boleh tanyalah berkaitan dengan dirinya bermula dengan perkara yang umum sebelum bertanyakan per-kara yang peribadi. Kalau kita terus sahaja bertanyakan hal-hal peribadi, ini mungkin membuatkan dia terkejut dan berasa tidak selesa dengan soalan yang diajukan.
Tanya soalan mudah
Cuba tanya soalan-soalan yang ringkas tanpa menyuruh dia berkerut dahi menjawabnya. Perlu diingatkan, perempuan membentuk hubungan cinta dengan berbual dan bercakap. Manakala lelaki membentuk hubungan cinta dengan melakukan kegiatan bersama. Jadi, bagi menarik perhatian perempuan, lelaki perlu banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi menarik perhatian lelaki pula, perempuan perlu melakukan aktiviti secara bersama. Sebelum benar-benar rapat, perempuan perlu elakkan diri daripada bertanya perasaan bakal pasangan mengenai suatu perkara, peristiwa ataupun situasi. Contoh-contoh soalan yang boleh kita tanya adalah:
Anak ke berapa?
Mungkin bagi dia soalan ini biasa sahaja tetapi sebenarnya kita boleh mengetahui sifat dan personalitinya melalui urutan kedudukannya dalam bilangan adik-beradik. Setiap urutan kedudukan itu membawa personaliti tersendiri. Contohnya, jika dia anak sulung, dia mempunyai prinsip tersendiri serta tetap dengan pendiriannya. Perbincangan ini akan dikupas lebih lanjut dalam bab lima.
Kerja apa?
Tanyalah dia di mana dia bekerja sekarang. Mungkin ini memudahkan kita berjumpa dengannya kelak. Kalau kita hendak mengetahui aktivitinya seharian, boleh juga kita melawatnya di tempat kerja. Katakan yang kita ingin berjalan-jalan di situ dan berjumpa rakan kita yang lain.
Siapa ahli keluarganya?
Jangan lupa kenali siapa ahli keluarganya, jumlah adik beradik, bilangan adik-beradik lelaki, bilangan adik-beradik perempuan serta sifat dan personaliti mereka. Ini membantu kita mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Apabila sudah mengenalinya dengan lebih rapat dan maklumat dirinya juga sudah bertambah, barulah timbul keyakinan dalam diri bagi meneruskan perancangan yang diatur.
Tinggal di mana?
Cuba tanya di mana rumahnya. Kalau boleh, minta sekali alamat rumahnya. Ini penting supaya dapat memudahkan kita meng-hantar surat, hadiah, kad ucapan salam perkenalan dan sebagainya yang dirasakan perlu bagi merapat-kan lagi hubungan persahabatan dengannya. Satu ataupun dua hari selepas perkenalan kita dengan dia, hantarlah kad ucapan salam perkenalan dan nyatakan di dalam kad itu yang dia adalah individu yang begitu ceria dan mesra dan kita belum pernah berjumpa lagi dengan orang sepertinya. Pasti dia menghargai diri kita yang memujinya. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik kita kepadanya. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama. Paling penting adalah keikhlasan semasa memujinya. Jangan berlebih-lebihan dan keterlaluan. Apabila kita didapati berbohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

10 Resepi Rahsia Cinta

1. Kekuatan berfikir Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri."apayang aku hormati dalam diri mereka?".

3. Kekuatan untuk memberi Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?"dan bukan Apa yang akan aku dapat?".

4. Kekuatan persahabatan Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejatiterlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian salingberpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan "Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku".

7. Kekuatan dalam komunikasi Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untukmengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakanâ?¦dan sekarangâ?¦kenapa kamumenunggu?

8. Kekuatan dari komitmen Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setiadengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Kepercayaan Terhadap Si Dia

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.
Faktor 1 - Konsisten.
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh 'menjerat' kamu. Siapa tahukan!
Faktor 2 - Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh 'mengawal' dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.
Faktor 3 - Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.
Faktor 4 - Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.
Faktor 5 - Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.
Faktor 6 - Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.
Faktor 7 - Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.
Faktor 8 - Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!
Faktor 9 - Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.
Faktor 10 - Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.
Faktor 11 - Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.
Faktor 12 - Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh 'menangkap' adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.
Faktor 13 - Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.
Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.
Faktor 15 - Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.
Faktor 16 - Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan 'bergegar' jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.
Faktor 17 - Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.
Faktor 18 - Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm... hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.
Faktor 19 - Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu 'pokai' dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.
Faktor 20 - Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

Gadis Nakal @ Gadis Baik

KELEBIHAN GADIS NAKAL


1.MENYERONOKKAN
Dia boleh dibawa keman shj majlis dan pandai membawa diri. Sentiasa membuatkan anda berasa seronok dan ceria.
2. MENAIKKAN TARAF ANDA
Berada di sisinya seolah-olah menaikkan status anda kerana dia bukan shj nakal, lincah, dan bertenaga malah cantik dan membuatkan ramai lelaki cemburukan anda dan menjadikan anda tumpuan cerita.
3. SANGAT MENAWAN
Mereka pandai bergaya dan sentiasa menghias diri untuk menjadi cantik dan membuatkan anda tidak mahu melepaskan mereka.

KEKURANGAN GADIS NAKAL

1.TIDAK BOLEH DIPERCAYAI
Oleh kerana dia tahu ramai orang yang ingin bersama, kemungkinan besar dia jenis yang suka mempermainkan orang lain.Kepercayaan seratus peratus tidak boleh anda harapkan daripada mereka, jika tidak anda mungkin kecewa.
2. MATERIALISTIK
Segala-galanya tentang dirinya membawa maksud duit. Untuk memiliki dirinya memerlukan anda mempunyai kewangan yang kukuh untuk membiayai dirinya.

KELEBIHAN GADIS BAIK

1.TIDAK AKAN MENIPU
Mereka biasanya mencari cinta sejati dan bila sudah berkomitmen dengan anda, sukar sekali mereka mencari orang lain dan bermakna mereka tidak akan menipu.
2.BOLEH MENJADI TEMAN
Selain sebagai seorang kekasih, gadis sebegini juga sesuai dijadikan sahabat baik kerana mereka bersedia berkongsi segala masalah anda menjadikan anda senang dengan mereka.
3.TIDAK KEDEKUT
Tidak ada masalah untuk mereka berkongsi dalam hal kewangan tidak kiralah sama ada kecil atau besar kerana mereka memang tidak mementingkan material.

KEKURANGAN GADIS BAIK
1.TIDAK PANDAI BERFESYEN
Mereka lebih selesa dengan apa yang mereka suka dan tidak terpengaruh dengan fesyen, akibatnya mereka kadangkala kelihatan ketinggalan zaman dan menyakitkan mata.
2.KURANG MENYERONOKKAN
Oleh kerana gadis baik biasanya memang jenis yang tak suka keluar bersuka ria dan sebagainya, kemungkinan jika anda bersamanya, hidup anda juga akan terpengaruh menjadi tidak ceria dan kurang aktiviti.(tak jugak)

p/s: baik

Kamu.. Tulang Rusukku!!...

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan WANITA untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran
WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.
Dengan berlinang air mata,WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .
Lima tahun berlalu.
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal... " Satu minggu kemudian,
LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dia patahkan sendiri…
wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki yg paling atas. bukan dr kepalanya utk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas. tetapi dari sisinya yg dekat dengan hati untuk dicintai, disayangi dan dilindungi' "Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki... .untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya denga penuh kehormatan dan kasih sayang." Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita... Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan. Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanyamengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

Sayangilah Isteri / Bakal Isteri Anda

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami!!! Tahukah kau suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.
TAPI... ... .tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu, dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya... KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek "Ada duitkah suamiku?" TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?
Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss!!
Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai pukul 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...
Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...
Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur (peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa" , hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...
Satu lagi, suami kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy... dia orang musti tahu punya... . Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain
Tahukah kau wahai suami dan bakal suami!!!

Kuasa Pujukan Wanita

* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.
* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon
* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.
KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.
KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw quot;Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya quot;Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw quot;Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Keindahan Jodoh

Sahabat jangan kita lupa pelangi walaupun ia cantik namun ia hanyalah bersifat sementara..dan ia akan muncul tah bila lagi kitapun tak tahu..sedangkan matahari begitu setia dengan kita sampai waktunya akan menyinari kita semua..bila sampai waktu magrib akan hilanglah ia..namun esok sesudah subuh pasti ia akan kembali menyinari kita..oleh itu jgnlah kamu lupa akan jasa matahari..dek kerana terpesona dengan indahnya pelangi.. Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Adaorg jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabulselain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cubamendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu semp adan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. " Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." " `Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada... `

Rahsia Orang Perempuan

Cite ni peringatan untuk kawan lelaki je, tapi orang pompuan take note... ... hehehehe Jom kita tengok benda-benda yang selama ini menjadi rahsia yang terperam buat orang perempuan. Ini bukan mengumpat, tapi kenyataan... .. jadi bagi lelaki haruslah fahami hakikat bahawa perempuan itu... ... Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi! Menurut satu kajian; kebanyakan wanita akan berkata,tengok anak orang teringat anak kita. Dan
menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita! Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran! Wanita memang pemurah... sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu! Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu... tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah sirap, merah hati, merah darah dan duit merah! Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri.
Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami. Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya! Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per... per... ! Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!
Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja,enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah - tengok muka sendiri!Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata. Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit. Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!
Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang-kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja. Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan! Menurut satu perangkaan, orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda. Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa mengibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai... Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang.

13 Sebab Anda Mesti Menolak Dia Slps 1st Date

1. Dia asyik merenung dada dan punggung anda lebih daripada 10 kali setiap 10 minit.

2. Daripada ceritanya kepada anda, jelas dia kaki joli dan kaki makan angin. Sudahlah begitu, daripada banyak tempat pelancongan dan percutian di dunia, katanya, dia paling suka ke Thailand dan bila dia beritahu yang dia pernah hadapi masalah ketika menjalani ujian darah, anda patut pertimbangkan masak-masak mana tahu dia HIV positif.

3. Dia (lelaki) lebih pendek daripada anda. Masalahnya, dia betul-betul pendek dan cuma setinggi celah ketiak anda, dan anda menyedarinya bila semua orang tersenyum-senyum memandang anda berjalan disampingnya.

4. Bila dia beritahu anda, isterinya yang tidak pernah memahaminya, yang tidak pernah menjaga kebajikannya, dan tidak pernah menghargainya sebagai suami, ruparupanya si isteri sedang sarat mengandung-anak kesembilan.

5. Bila anda perasan biji matanya macam hendak terjojol keluar bila melihat semua wanita cantik@manis@seksi melepasi meja makan anda berdua.

6. Tangannya miang-miang mahu pegang tangan dan pinggang anda walaupun baru satu jam anda berkenalan dengannya.

7. Bila dia beritahu yang dia sebenarnya, bukannya ada hati dan hendak sangat bertemujanji dengan anda, tetapi buat juga, kerana kasihan, anda yang beria-ria sangat mahu menemuinya.

8. Kawan-kawan anda yang mengenalinya memberitahu, dia menghidapi penyakit kelamin yang kronik.

9. Dia langsung tidak bagi peluang anda bercerita tentang diri anda ataupun tentang famili anda, kerana dia rasa cerita tentang familinya lebih menarik dan lebih penting.

10. Bila anda pesan Coke dan dia memesan Carlsberg.

11. Bila dia cakap gedegang-gedegung macam tin kosong konon bapanya ada bisnes minyak dan datuknya orang paling kaya di Sarawak, tapi bil makan sampai, dai buat tak tahu.Anda juga yang terkorek-korek cari duit dalam tas tangan.

12. Dia beritahu yang hatinya sangat-sangat terluka, dan dia masih lagi bersedih kerana putus cinta dengan gadis yang sedang hamilkan anak luar nikahnya.

13. Dia kata yang dia impikan seorang isteri yang taat setia dan rela menjadi surirumah sepenuh masa.Tetapi daripada apa yang anda faham dia sebenarnya kata dia sedang mencari tukang masak, tukang cuci, tukang kemas, tukang gosok, tukang picit, tukang sental, pendek kata semuanya tukangla dan katanya lagi-dia juga sedang cari kilang buat anak.

Tanda-Tanda Lelaki Belum Bersedia Bernikah

1. Terus 'tutup mulut' apabila anda bertanya kepadanya mengenai kesediannya untuk berumahtangga.

2. Tidak pernah ada niat untuk menemui orang tua anda walaupun anda sudah berusaha untuk mempertemukan dengan orang tua anda.

3. Tidak pernah memegang janji. Melupakan dan membatalkan janji dengan anda bukan perkara yang menganggu fikirannya.

4. Tidak pernah benar-benar memerlukan orang lain. Mungkin dia banyak teman atau sanak saudara, tapi tidak ada yang benar-benar akrab dan dekat dengannya. Jadi, dia memang tidak mengerti makna 'ikatan'

5. Jarang memperkenalkan anda kepada kenalannya.

6. Mudah bercinta dengan wanita lain.

7. Tidak pernah membincangkan masalah peribadinya dengan anda. Juga tidak mengizinkan anda untuk mengetahui masalah peribadinya dengan anda.

8. Terlalu menganggap bahawa segala-galanya mesti sempurna.

9. Berulangkali dia menceritakan mengenai keburukan-keburukan dirinya kepada anda.

Persoalan & Jawapan 1

Assamualaika Dr.,

Bagaimanakah buah fikiran Dr. berkenaan dengan usul yang mengatakan lelaki pada usia remaja dan belia ini lebih cenderung memikir dan berkhayal ttg seks. Sejauh mana kebenaran tersebut? Bagaimana dengan wanita pula? Adakah lelaki yang menjalin hubungan 'couple' cenderung memikirkan ttg seks? Bagaimana untuk mengawal minda seks ini selain daripada perkara yg diterangkan Dr. dalam tips ttg seks.

NAFSU SEKS, SELAMA MANA IA DIKEKANG, ADALAH FITRAH. APABILA KEKANGAN DILEPASKAN IA MENJADI BARAH.
Dalam Islam, umur baligh dikaitkan dengan mimpi mengeluarkan air mani bagi lelaki, dan kedatangan haid bagi wanita. Justeru syariat Islam mengiktiraf bahawa antara perubahan penting yang berlaku ke atas remaja lelaki dan perempuan ketika baligh ialah perubahan seksual. Ketika baligh badan seseorang mengeluarkan sejenis hormon yang dikenali sebagai 'gonadotropin-releasing hormone' atau singkatannya GnRH. Hormon ini merangsang kelenjar pituitari agar mengeluarkan hormon 'luteinizing hormone' atau LH dan 'follicle-stimulating hormone' atau FSH.

Remaja lelaki dan perempuan mempunyai hormon-hormon ini dalam badan mereka. Walau bagaimanapun ia melaksanakan fungsi yang berbeza. Dalam tubuh lelaki ia merangsang zakar (testes) utk mengeluarkan hormon 'testosterone', air mani dan sperma dan bagi wanita ia merangsang ovari utk mengeluarkan hormon oestrogen yang menjadikan seseorang wanita itu bersedia utk mengandung. Hormon-hormon ini mempunyai pengaruh yang besar di sudut seksual ke atas remaja lelaki dan wanita. Jika seseorang remaja tidak dididik terlelih awal dengan ilmu dan roh Islam, serta tidak disibukkan dengan aktiviti berfaedah, mereka akan asyik berkhayal dan akhirnya terjebak dengan perbuatan sumbang seperti berdua-duaan, 'coupling' dan zina. Contoh yang perlu diikuti ialah remaja-remaja di kalangan sahabat-sahabat nabi.

Mereka menjadikan agama sebagai landasan hidup justeru tidak menghadapi sebarang masalah seksual. Sahabat Abdullah ibn Abbas, sebagai contoh, dilahirkan tiga tahun sebelum hijrah dan ketika nabi wafat beliau baru berumur tiga belas tahun. Beliau amat mahir dalam bidang tafsir al-Quran sehingga beliau diberikan gelaran Turjuman Al-Quran atau Penterjemah Al-Quran. Sahabat Ali bin Abi Talib merupakan seorang remaja yang berilmu tinggi lagi berani. Ketika nabi berhijrah beliau tidur di tempat tidur nabi bertujuan untuk memperdayakan golongan kafir Quraisy. Ketika itu beliau berumur lebih kurang sembilan belas tahun. (Rujukan 'Tip-Tip Cemerlang Dari Al-Quran' dan '7 Formula Individu Cemerlang' oleh Dr Danial)

Suami Penyebab Isteri Cepat Tua Dan Gemuk??

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?
1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tu kan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"
3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus. Kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya. Wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..
Kesimpulannya... . Wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

TEST..Adakah Anda Pasangan Bahagia

Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak". Sediakan pen & kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawap "Ya" tanda right.. kalau "Tidak" tanda pangkah.. soalan-soalannya...
(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?
(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?
(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?
(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?
(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?�
(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?
(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?
(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?
(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?
(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya? (11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?
(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?
(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?
(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?
(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?
(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?
(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?
(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?
(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?
(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?
Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Insya�llah... .� Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka� perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit.� Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh,� maka� perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian. Sekian sahaja untuk tips kali ini, semoga kita bertemu lagi di lain kali.

8 Tanda Anda Sudah Jatuh Cinta..Opss

*sering tersenyum bila ingat si dia.

*korangakan pastikan hanpon sentiase ade kat tgn walau ke mane korang pegi.

*pantas jwb call sbab ianye dah tentu call dr si die.

*bercakap dgn nada yg lembut dan pelahan time bebual dgn die melalui tepon.

*jantung berdenyut kencang bila tepon bedering.

*korang gunakan name si die sbg password utk hanpon/komputer.

*smakin gemar dgr lagu2 jiwang..(ahaks)

*mule brangan utk idup bersama.

Zodiak dan Makanan

Pisces: Kamu suka menu makanan siang yang banyak mengandungi air dan sebelah malamnya pula kamu gemar menikmati makanan-makanan berminyak dan bersos.
Aries: Kerana terlalu sibuk beraktiviti, kamu tidak berkesempatan memikirkan soal makan. Kebiasaannya kamu akan makan setelah perut mu benar-benar lapar atau berbunyi-bunyi sebagai isyarat bahawa telah tiba waktu makan.
Taurus: Aroma masakan sering membuat kamu tidak dapat menahan selera makan mu. Kamu rela menghabiskan waktu yang agak lama untuk benar- benar menikmati makanan kegemaran mu!
Gemini: Bijak berkomunikasi dan gemar bercakap. Ketika mulut penuh dengan makanan pun tetap bercakap. Bagi kamu, makan boleh berhenti tapi bercakap harus diteruskan!
Cancer: Disebabkan sikap mu yang sukar untuk diramal secara tidak langsung membuatkan jadual pemakanan mu berubah-ubah. Kamu makan sesuka hati ada kalanya kamu hanya makan dua kali dalam sehari.
Leo:Kamu amat menggemari makanan-makanan mewah. Oleh itu kamu sukar untuk mengikut jadual diet mu. Kamu hanya menyukai makanan tertentu dan terus membenci makanan-makanan yang tidak tergolong dalam kategori makanan kegemaran mu.
Virgo: Bentuk badan sempurna penting bagi kamu. Kamu sering memeriksa label nutrien yang terdapat pada bungkusan makanan yang kamu pilih. Kamu gemarkan makanan yang sempurna dan semula jadi. Kamu tidak suka makanan ringan!
Libra: Sikap ideal kamu ada kalanya menjadikan kamu agak kaku. Setiap kali makan kamu inginkan hidangan itu disajikan dengan cantik, kemas, bersih dan sempurna. Hanya disebabkan sedikit kesalahan, ia akan turut memberi kesan kepada emosi mu. Kamu suka makan berlama- lama kerana setiap suapan yang masuk ke mulut mu akan kamu nikmati sepenuhnya.
Scorpio: Misteri dan membingungkan, itulah keperibadian mu. Makanan yang kaya dengan rempah-ratus menjadi kegemaran mu. Kamu tidak risau mengenai berat badan kerana kamu percaya bahawa ghairah hidup yang menyala-nyala akan turut membakar lemak di dalam tubuh mu.
Sagitarius: Kamu memang gemarkan cabaran. Malah makanan kegemaranbiasanya lain dari yang lain. Kamu gemar mencuba sesuatu resipi yang baru kerana kamu memang gemarkan kelainan.
Capricorn: Kamu adalah individu yang berwawasan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh. Kamu suka makan secara bersederhana dan mengambil makanan mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Kamu juga hanya setia kepada sesuatu produk makanan sahaja. Aquarius: Individu di sekeliling mu ternyata menyukai sikap mu yang gemar berjenaka. Sekiranya menghadiri pesta atau jamuan tertentu kamu sering memilih makanan yang tidak menjadi ?favourite? para tetamu yang hadir. Kamu juga dikategorikan sebagai individu yang gemar mencuba. Ada kalanya masakan yang kamu cuba agak pelik dan tidak pernah dibuat orang!