Wednesday, December 30, 2009

10 CIRI WANITA PILIHAN


Assalamu'alaikum
"Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."
Seramai-ramai wanita di muka bumi ini, ada antaranya menjadi orang terulung dan terunggul, dan ada juga yang berada dalam kedudukan yang rendah dan hina. Apabila ditanya pada diri kita, bagaimanakah cara atau panduan untuk kita menjadi WANITA PILIHAN DI MATA ALLAH?

1. MENUTUP AURAT
Wanita tidak digalakkan memakai pakaian yang berlebihan seperti memakai hiasan terlalu mahal, biarlah dengan cara bersederhana tetapi cantik, bersih dan kemas.

2. MENJAGA AKHLAK
Wanita berakhlak serta bertaqwa selalunya tampil menawan. Ini kerana keikhlasan yang lahir dari hatinya terpancar di wajahnya. Segala yang dilakukan oleh dirinya hanyalah disandarkan kepada Allah SWT. Dengan keyakinan terhadap Allah adalah segala-galanya, insya-Allah, hidupnya akan menjadi lebih mudah.

3. CARA BERCAKAP
Dalam pergaulan harian, wanita hendaklah bercakap ringkas dan tegas kepada lelaki bukan Muhrim. Percakapan yang lemah-lembut dan pandangan mata yang mengasyikkan boleh membangkit perasaan istimewa kepada orang lelaki. Memang benar suara yang lunak itu menyebabkan hati lelaki menjadi cair. Oleh itu, berhati-hati ketika bertutur.

4. TAAT
Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada Allah SWT. Ketaatan itu adalah mahkota bagi orang Islam. Ini kerana terdapat banyak cabaran dan dugaan di luar sana. Dengan ketaatan yang jujur dan ikhlas kepada-Nya, ia dapat mendorong manusia berjalan di jalan yang benar tanpa mudah dihasut oleh syaitan.

5. SUKA MENDENGAR
Kebanyakan wanita suka mendengar dan bercerita berbanding dengan orang lelaki. Sifat-sifat ini memang perlu untuk meringankan masalah orang lain terutamanya pasangannya. Isteri yang baik akan mendengar masalah suami dengan sabar dan tenang. Ia akan mengurangkan tekanan suami itu terhadap masalahnya. Sekiranya si isteri ingin menasihati suami, gunakan pendekatan secara diplomasi. Ini kerana si suami mempunyai sikap ego yang tinggi. Wanita yang terlalu banyak membebel akan membuatkan suami mudah berasa bosan, kemungkinan besar suami tidak ambil pusing dengan apa-apa yang dibebelkan oleh isterinya.

6. JAGA PANDANGAN MATA
Pandangan mata itu umpama panah yang beracun. Jika tersilap pandang, ia boleh meracuni jiwa yang melihat. Wanita solehah hendaklah menjaga pandangan mata mereka terutama ketika bercakap. Sekiranya kita bercakap dengan orang yang bukan muhrim elakkan dari memandang terus ke dalam anak matanya. Jika tidak mahu orang itu berasa hati, cakaplah sambil memandang kearah bahagian telinganya.

7. JAGA KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN
Kebersihan itu separuh daripada iman. Bersih melambangkan nilai-nilai Islam yang perlu diambil berat. Untuk mencipta suasana selesa, aman dan damai, pastikan rumah yang didiami itu sentiasa bersih dan kemas.

8. HADIRKAN BAU YANG SEDAP ATAU WANGI
Bagi wanita Muslimah, elakkan bau badan yang kurang menyenangkan. Tetapi ini tidak bermakna dia perlu menggunakan minyak wangi yang berlebih-lebihan. Cukuplah sekadar hilang bau yang tidak sepatutnya.

9. WANITA PUNYA HAK
Seseorang lelaki tidak berhak mengahwini seorang wanita jika empunya diri tidak suka. Begitu juga lelaki yang berkahwin tidak boleh mengambil harta milik isterinya dengan sewenang-wenangnya. Tetapi lelaki mempunyai kuasa dalam membuat keputusan berkaitan rumah tangganya kerana dia sebagai pencari nafkah. Bagaimanapun, seorang suami yang baik akan selalu berbincang dengan isterinya sebelum membuat keputusan.

10. PEGANGAN KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW
Muslimah pilihan adalah wanita yang menjadikan al-quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya. Segala persoalan dan permasalahan di dunia sudah ada jawapan dalam al-Quran dan Hadis. Oleh itu, orang yang selalu bersandarkan kedua-duanya tidak akan sesat.

Dengan kesepuluh-sepuluh cirri ini, insya-Allah kita sebagai wanita akan tetap menjadi WANITA PILIHAN-NYA.

Thursday, December 10, 2009

10 Disember 2009

semua orang menginginkan kebahagiaan.tiada manusia yang inginkan derita..itulah hakikat kejadian manusia. walaupun kita semua mempunyai takdir. tetapi manusia itu sendiri yang memilih jalannya. klu kite sayangkan diri sendiri...kenapa kita sering memilih jalan yg salah..adakah kite sedang kalah pada cobaan dunia..

saya tahu pengakhiran hidup ini adalah mati..tp dugaan hidup didunia ni menjadikan saya alpa. penat, marah, sedey, keciwa, gembira, menjadikan sy terlupa sebenarnya saya adalah hamba Allah..hamba yg disuruh mengerjakan solat,puasa,zakat dan seterusnya..

sepanjang 24 thn perjalanan hidup setakat ini..tiada ape yg dapat sy huraikan disini. kejadian takdir pada diri ini kompleks untuk diceritakan..tp akhirnya mematangkan seiring dengan peningkatan usia..Alhamdulillah. sesungguhnya Allah mengetahui apa yg terbaek untuk hambanya..

:)... saya suke sgt nyanyi satu lagu hijjaz nih..dan sy kongsikan lirik lagu ni buat kalian ok..

hidup tak selalunya indah
langit tak selalu cerah..

seterusnya korang sambung la eh...hadoi..acik lupo lah..

sekian..

Monday, December 7, 2009

7 Disember 2007

assalamualaikum..

hah..dah bulan 12 da...x lama lg masuk tahun 2010..dan umur aku pun meningkat ke angka-25..isk3...pada umur nih..wanita akan semakin matang dan kerjaya pun patut dah ade...alhamdulillah dari segi kerjaya aku mmg dah ade. matang??haha..ramai cakap saya nih dah matang tau..dari segi percakapan dan gaya.cuma sorang je kata sy mcm budak2 lg...nak tau sapa??sapa lg ...muhammad hafis bin hashim laa...bukan pemain badminton tu ehh...ni org laen.. :)
x nak citer panjang2.. soal matang x matang ni...yg pentingnye ..hati kene baek n ikhlas dalam segala perbuatan...(lillahi ta'ala)

hari nih ari isnin...permulaan hari bekerja..semangat nak keja ari nih ..mmg ade.. :) ari nih kat library buat aktiviti tayangan Movie Mini ...citer "Pengembaraan Upin Ipin" ...alhamdulillah ade sambutan.. walaupun citer nih dah lama di pasaran..budak2...x muak nak tgk citer2 mcm ni..

nak tau tak pe azam sy untuk bulan 12 nih...hm..saya x nak cemburu buta lg...hahah..sebenarnye sy baru sedar sy nih kuat sgt cemburu sejak couple dengan Muhammad hafis ni..mmg btul2 mengajar sy erti percintaan sebenar. dan semalam sy ada terbaca satu artikel dalam surat khabar mengenai tip mengekalkan hubungan cinta..dan sy sendiri mengakui di antara mencari kekasih dan mengekalkan hubungan kasih nih...teramat2 la susahnya dalam mengekalkan sesuatu hubungan nih..dan saya mengucapkan terima kasih kepada si Dia kerana cukup bersabar dengan diri ini..Alhamdulillah..

:) ..hm...org kata...bila kita sayangkan seseorang atau mencintai seseorang..namanyer akan sentiasa memenuhi diari kita...kan kan kan...mmg btul..

tanak citer panjang2 la...cukup setakat nih dlu..

Saturday, October 31, 2009

Kau Kekasihku...


Muhammad Hafis, kekasihku...
Di dalam kegelapan jiwa yang meronta,
di antara heningnya sekeping hati..
kau hadir memancarkan seribu cahaya buat peneman hidupku.
Ku harap padamu..,
untuk kita sama2 menjaga perhubungan ini
sehingga terbentuknya ikatan suci
demi cinta yang kita ikrarkan janjinya...

luv...

Thursday, October 22, 2009

Khamis, 22 Oktober 2009

salam...

hari nih aku rasa bosan...
life still mcm biasa..x de pe yg berubah..
oklah aku nak cari bahan cket tuk asgmt...
pasal rasuah...

see u next time

Tuesday, October 6, 2009

Raye 2009

hi kawan-kawan..
nak tau raye kite tahun 2009 nih...
hm...

1st day..aku beraye kat umah tok,ade atok, ujang n aton..juadah hari tu ialah rendang,nasi impit,kuah kacang n laksa.always tiap2 tahun mcm tu..mlm raye tu hm...my bf dtg..hehe..then aku ajak die raye sekali umah mak aku kat felda bukit rokan utara..alhamdulillah die setuju.x de lah aku merempit raye ke-2 tuh..

Raye ke-2...aku kat umah mak.my sibling pun sumer ade..bertolak blk ke Jelebu malam pas maghrib.

Raye ke-3..melayan sepupu2 yang ade kat umah.penat! tp setahun sekali x pe la..

Raye ke-4..aku dah keja..bekerja dalam mood raye..ape leh buat..apa pun mmg aku yang nak mcm tu..

Raye ke-8..opss..beraye kat umah bakal mak mertua nih..tp aku tak la rase nervous sgt..cuma masa aku pakai tudung tu tangan aku menggeletar cket.klu nak tau..setiap kali aku nak date ngan die mmg aku akan rase berdebar setiap kali pakai tudung.pelik x??hm...

petang raye ke-8 nih kengkawan aku nak dtg umah lak,ade pah,kak sari,hajar n kawan die..lupe lak name eh..huhu..aku masak mee goreng.Alhamdulillah ..walaupun masin cket tp diorg bedal semacam je..orait la tu kan..diorg ajak aku raye umah member diorrg ..hm dengan x malunyer,aku pun ikut beraye.

aku beraye umah kak ina..kak ina sediakan makaroni yang sedap.hm..rase mcm senang je buat nih.aku pun bertanyakan resepinya.wah..ngan muka x malu je tanye..sembang2 ngan husband die sekali ..upenyer pegawai veterinar kat klawang.die kate slalu turun kat Kg Aku pi Balairaye.tp die x pasan aku pun. mmg la x pasan.aku kan org kecil..kehkehkeh..(lebey suke low profile ma)..kak ina nih plak ade kedai sendiri upenyer..kedai sulaman.wahh..ade gaye..bgs2..


aku beraye plak umah hajar..sampai la maghrib kat sane..pastu pi plak beraye umah lyn..nih la destinasi terakhir kami.sebelum aku dihantar pulang ke rumah tok..hm...blk je umah terasa letihnya..byk gelak..byk mamam...adoi..sakit perut den!..

pssst...jom tgk gambo2 kat bawah nih..aktiviti selingan drp cerita di atas.




Aku la nih...raye pertama baju hijau..

aku ngan kak sari..raye kedua baju oren ..baju nih last minit punya planning..no komen!






heheh...cover pe patut..

aku ngan Hajar..


nih Hidayah..aku panggil die pah..panggilan manje nih..




bergamba depan umah tok..sebelum berjalan sakan




pah eksen tuang air..


cakk......

kak sari n aku lg....


kak sari posing...




Thursday, September 24, 2009

24 September 2009 - Khamis bersamaan 5 hari raye puase

hari ni dah 2 ari aku bekerja mcm biasa lepas aku sambut hari raye bersama atok aku raye pertama n mak aku raye kedua.aku hepi. alhamdulillah.

tp aku tetap sunyi tanpa kawan2 disisi mcm dulu2.. ntah nape aku mule rase kawan2 mula menjauhi aku..mungkin ni salah aku..jarang ambil tau hal kengkawan kot..tp aku x penah mengabaikan setiap kali msg diorg masuk di inbox phone aku.

semalam raye ke -4 aku hubungi kawan aku nurul hadi..hm..die ade masalah upenyer..call plak kawan aku sorang lg..faiza namanya..x tau kenapa.mungkin penat layan tetamu kot..x angkat phone.2 kali aku buat 'misscall' akhirnya aku biarkan sahaja.

aku rasa aku ade masalah insomnia dalam 2-3 hari nih..maknenyer penyakit susah tido. hehe.pelik tul. apsal ntah la.tetiba penyakit dtg menyerang aku pas raye.. aku hanya bleh tido selepas pkul 2 pagi..

3 hari akhir puasa yg lepas aku sakit jgk. gigi geraham bongsu nak tumbuh daa..pegi check doktor selepas disarankan oleh pakwe ku..hehe.. kali pertama aku ikut saranan die pasal pegi klinik nih..sebab mmg sakit sgt..aku pun mcm x larat je ..almaklumlah pose.result yg aku dpt mmg mengejutkan...ade nanah dalam mulut then aku disarankan wat surgeri buang geraham tu sebab gusi belakang nih kecik n sempit. x de ruang untuk die tumbuh disitu. alahai cian ko gigi..tp hari nih gigi aku x sakit dah..heheh.. malas la nak wat surgeri.nanti klu sakit blk aku pegilah check doktor lg. n mintak mc lg.. n masa tu baru aku putuskan untuk wat surgeri..sajeee nak sakit dua kali...nak tau kenapa..sebab tu menunjukkan kepastian bahawa aku buat keputusan yg btul..2 kali baru cukup syarat..heheh..alasan x munasabah tul..biarlah..diri aku kan..sesekali kite kene ikut kate hati..bak kate doktor tuah.. hanya kita kenal diri kita..

hm..ok ..x mo cerite panjang2 coz masa rehat aku pendek cgt laa..

Saturday, August 8, 2009

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Assalamualaikum w.b.t

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketikabercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' denganorang lain pula.Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan'dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapisepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata."habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman NabiErtinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi,lalu nabi memberi respon : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malahAllah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah..
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasial, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?.Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya,adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.Mungkin kita akan berkata dalam hati :- " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :من قتل دون أهله فهو شهيدErtinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)Sekianp/s : Marilah kita sama-sama bertaubat meminta pengampunan daripada Nya Allah Yang Maha Pengampun lg Maha Penyayang agar diberi hidayah dan kekuatan dalam memahami agama ini seperti yang dikehendakiNya bukan seperti yang kita fahami.

copy daripada Laman web orang lain..saya post di sini untuk saling mengingati kawan2 yg lain dan diri saya sendiri.

Friday, August 7, 2009

Jawaban tag untuk kak lydia


Kekasih saya adalah:
Muhammad Hafis bin Hashim. seorang insan yang bernama lelaki.nakal jgk orgnyer..geram,hepi, sedey, mcm2 perasaan bile bersamanya..benci tp sayang..hahaha..


saya sedang mendengar:
lagu nasyid daripada UNIC : Antara dua kasih..saya suke sangat lagu ni wat masa ni..


Mungkin saya Patut:
study sbb sy nak exam ahad nih..nih la last paper saya untuk sem 4 nih..dah lama jgk saya blaja upenyer..diam x diam dah nak sem 5.
saya baru sudah:
baru sudah bc email..sumernyer bermanfaat..."membaca untuk kebaikan"


beza rakan, kawan dan sahabat:
peratusan kepercayaan yang diberikan


saya tidak faham:
saya tak faham dunia lelaki, bila kate wanita nih kompleks..lelaki plak ???


saya perlu mencari:
mencari masa sy yang hilang...sy dah terlalu byk membazirkan masa..sepatutnya sekarang..saya mungkin berada di tempat impian sy..!!


ayat terakhir yang di katakan pada sy :
pakwe saya kate, dia nak berehat sebab dia demam..rehat la abg..


makne hidup:
hidup ini indah jika kita tidak melalui dengan sambil lewa...kita adalah hamba Allah dan khalifah di muka bumi..tentukan hidup anda..! jgn biarkan ia menjadi misteri...!!!!


Cinta itu:
cinta....hehehe..kenapa saya gelak..sebab sy hepi..kenapa saya nangis..sebab cinta kadang menyedihkan,pedih.. kenapa saya susah hati..sebab cinta kadang perlu perhatian..kenapa saya bosan...sebab ....mcm 2 perasaan ada...klu kita pandai membawa tafsiran cinta ini ..adakah haluan ini masih sama dengan haluan pasangan kita..kita kena ade perbincangan supaya masing2 bahagia dan menerima seadanya.


saya paling suke:
paling suke buat apa yang saya suka laaa...apa yang saya suke..??macam2 saya suke..hidup ini indah..like aiskrim..nikmati ia sebelum cair..


saya akan cube:
cuba dapatkan anugerah dekan dalam study. .cuma menjadi seorang anak yg bertanggungjawab terhadap ibubapanya..cuba menjadi gadis dewasa..cuba memahami pakwe sy.


mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan Lah di akhir ayat mereka :
lah....sebab diorg suka laaa....


telefon bimbit saya :
Nokia N70 dengan Nokia x ingat lak model bape..hp lama je


katil saya :
saya x de katil..hahaha..cian kan saya..saya miskin..


soalan bagi saya yang tidak perlu ditanya :
x de kot..tanya la ape nak tanya pun..aiman x kesah!


teknologi adalah :
salah satu cara saya bersosial..membantu saya buat kerja denga lebih efisien..hehehe


bagaimana saya masak makanan yg saya pandai masak :
hm....mesti la siapkan barang nak masak ...dan masak sampai siap..kemudian mamam..


semalam :
semalam saya buat facial,..memicit jerawat..sakit ooo.muke kene la jaga kan ..anak dara kan kan kan???


hari ini :
hari ni? saya keja laa...masih keje mcm biasa...mkn tgh hari yg best...


esok pula saya akan :
esok saya keje mcm biasa..saya nak study start ari nih sampai ahad..chayo! azam ni..


malam ini saya akan :
malam nih ..nak study laaa...


saya betul-betul inginkan :
keluarga yang bahagia dunia dan akhirat...semua perempuan nak mcm tu ...


badminton atau futsal :
dua-dua x main...x de masa..huhuhu


karaoke :
x de sape ajak saya pi karaoke...hmm..


makanan jepun adalah :
makanan jepun adalah untuk orang jepun..


bilik yang terang atau gelap :
gelap la beshhh..


ayat terakhir yang nak anda cakap pada seseorang :
jadilah orang yg berguna di dunia dan akhirat..


kereta :
x de kereta..keta pun x pandai drive lg ..guane nak beli keta..


saya nak tag :
siapa yer...klu saya tag pun..mereka2 ini x de blog..adakah mereka akan tetap menjawab soalan ini andai mereka terbaca...jawpannyer : ontah...


saya x ingin men "tag" kan orang laen.





Jangan Mencari terlalu "Sempurna"


Jika kamu sedang memiliki seseorang….

TERIMALAH dia seadanya……

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……

Anggaplah dia manusia biasa……

Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN ….

tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan

MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayatDan bukannya MENGHUKUMNYA dan

MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnyaLalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……

Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……

Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……

Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……

Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……

Kamu akan MENYESAL ……


Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……

Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……

MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….

Mengapa kamu berlengah lagi?Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……

Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA

apabila dia menjadi milik orang lain……

Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Saturday, June 13, 2009

Kawan-kawan...

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Friday, May 15, 2009

2 perkara yang perlu anda bimbang

Jika anda bercinta
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atauKekasih anda jemu dengan anda
Jika anda jemu dengannya, tak kisahlah
Tapi jika dia jemu dengan anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia cuba sakitkan hati anda
atauDia cari kekasih baru
Jika dia cuba sakitkan hati anda, tak kisahlah
Tapi jika dia cari kekasih baru
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jadi benci padanya
atau Anda tak dapat melupakannya
Jika anda benci padanya tak kisahlah.
Tapi jika anda tak dapat melupakannya
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh
atau Anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh
Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh, tak kisahlah
Tapi jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia jadi bodoh atauDia kembali menjadi kekasih anda
Jika dia jadi bodoh, tak kisahlah
Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda
2 perkara yang anda perlu bimbangAnda jemu dengannya
atau Kekasih anda jemu dengan anda
huhuu....pikirkan laaa..

Friday, April 3, 2009

Malaikatmu....


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia... Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"


Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ." Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"


"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."


"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa" "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"


"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi" "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu" Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar,


dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?" "Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU " Ingatlah sentiasa.. kasih sayang dan pengorbanan seorang IBU. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia dan akhirat... Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar.... sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Thursday, March 19, 2009

12 Ways to Know That You Love Someone


TWELVE:

You talk with him/her late at night and when you go to bed you still think of him/her.


ELEVEN:

You walk really slowly when you are with him/her.


TEN:

You don't feel Ok when he/she is far away.


NINE:

You smile when you hear his/her voice.


EIGHT:

When you look at him/her,you do not see other people around you. You see only him/her..


SIX:

He/She is everything you want to think.


FIVE:

You realize that you smile every time you look at him/her.


FOUR:

You would do anything to see him/her.


THREE:

While you have been reading this, there was a person in your mind all the time.


TWO:

You've been so busy thinking of that person that you didn't notice that number 7 is missing.


ONE:

You are going to check above if that's true and now you are silently laughing to yourself.


NOW MAKE A WISH! YOU KNOW WHAT YOU WANT THE MOST........ .

Wednesday, March 18, 2009

Jika Cinta Penuh Cabaran


Jika di fikiran kita anggap hidup ini penuh dengan cabaran, maka segala yang kita lakukan akan dipenuhi dengan cabaran, dalam kerja, cinta juga kekeluargaan. Perkataan yang selalu bermain-main di fikiran akan membentuk satu sistem kepercayaan yang tersimpan di dalam minda separa sedar.Apa yang tersimpan kejap jauh di dasar minda, itulah yang akan difahami minda sebagai apa yang Anda mahukan.


Begitu juga dengan cinta.Andai di fikiran kita anggap cinta ni susah dicari dan penuh cabaran, maka ia akan jadi susah dicari. Anda akan susah memahami cinta cemana yang Anda nakkan, kemudian bila Anda bercinta, tiada satu yang sangkut di jinjang pelamin. Mengapa? Sebab di fikiran Anda anggap cinta susah dicari. Jika perkara ini berlaku pada Anda, kaji diri Anda.Walaupun Anda berjaya mencari cinta, namun tak ada penyudahnya. Mulai hari ini, ubah tanggapan Anda tentang cinta.


Bila bercakap soal cinta, simpan kejap di dalam minda satu tanggapan yang cinta ni sebenarnya banyak terdapat di sekeliling kita, tak semestinya mencabar untuk di cari. Rasakan cinta itu wujud walaupun ia tak ada di situ. Hati yang dipenuhi rasa cinta, akan menarik lebih banyak cinta.Makna cinta terpulang pada Anda, terutama bagaimana Anda nak menikmati rasa cinta.


Mungkin, cinta bagi Anda adalah dengan meluangkan masa bersama, bergaduh-gaduh sayang, melakukan sesuatu aktiviti bersama atau hanya berutus surat elektronik melalui internet saja.Walau apapun caranya, pastikan Anda peralatkan semua itu untuk menyuburkan cinta di hati. Jika pada Anda bersembang lama salah satu cara untuk Anda bahagia dengannya, lakukan saja, asalkan tak melanggar syaraih dan batas-batas agama. Cinta di hati yang diniatkan sebagai ibadah, akan meresap jauh ke dalam sanubari.
Sumber: blog cinta from Shueqry

Tak Perlu Terlalu Suka, Tak Perlu Terlalu Membenci.


Jika Anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak Anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi. Jika Anda membenci seseorang, janganlah Anda terlalu membenci, kelak Anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.


Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi. Anda menyukai seseorang, Anda akan terpegun dengam kata-katanya, Anda memintai sesuatu Anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha Anda itu menempuh sejuta bahaya.


Anda mengagumi buta untuk melihat sejauh mana kecacatan yang ada padanya.Bersederhanalah dalam menyukai, memintai dan mengagumi. Kelak Anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah, tatkala Anda membuat keputusan dan tatkala menyintai. Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu, rasa minat yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.


Jika Anda terlalu mengharap, Anda akan terlalu kecewa apabila gagal. Mengharap itu boleh, tapi usah terlalu hingga Anda tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal. Setiap kegagalan menyimpan kejayaan, setiap masalah membuka peluang. Setiap jalan rezeki yang tertutup akan membawa kepada banyak lagi jalan rezeki yang akan terbuka.Moga Anda sentiasa bahagia hendaknya.

Tuesday, March 17, 2009

Rahsia Wanita...


WANITA TANAH...(haaa virgo adalah bulan sy)


Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei) , Virgo(24Ogos- 23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


WANITA API


Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius( 23 November-21 Disember).*Dilahirkan sebagai pemimpin*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA ANGIN


Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA AIR


Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Tip menjadi suami yang di kagumi....


Salam semua..


haaa artikel ini pun saya ambil untuk tatapan jejaka diluar sana yang dah bergelar suami ataupun bakal bergelar suami ..expecially for my love..


Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi?Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?


Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.


Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa..Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.


2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.


3. Suami € ¦’¸mithali" menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh ibanggakan isteri anda.


4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?


5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.


6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.


7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.


8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.


9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.


10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.


11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.


12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.


13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?


14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.


15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.


16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.


17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.


18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.


19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?


20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.


21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.


22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.


23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai € ¦’¸role model". Hidupkan amalan sunnah alam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.


24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.


25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.


26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.


27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.


28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.


29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.


30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.


Kenapa berkahwin???

Alhamdulillah ..saya terjumpa artikel nih di ruangan blogger lain..(maaf saya copy). artikel nih sangat menarik bg saya...kerana saya juga hampir menamatkan zaman bujang. saya paparkan pula diruangan saya untuk kawan2 sepermainan supaya kita saling dapat ingat mengingati antara satu sama lain..

Kenapa berkahwin?
Saban tahun beratus malah mungkin mencecah ribuan rakyat malaysia berkahwin. Dan sekiranya kita bertanya kepada mereka kenapa mereka berkahwin? Maka beberapa jawapan seperti di bawah akan kedengaran :

=1. Saya berkahwin kerana nak mendapatkan zuriat.
Bukankah Allah swt telah berfirman di dalam Al Quran :An-Nisaa[4.1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
2. Saya berkahwin kerana saya memerlukan pertolongan seorang isteri untuk berbuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan
.Surah Taubah[9.71] Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
3. Saya berkahwin kerana perkahwinan membuka pintu rezeki
Surah An Nur[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

4. Saya berkahwin kerana saya mahukan bersenang hati, hidup mesra dan berkasih sayang serta belas kasihan.
Surah Ar Rum[30.21] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
5. Saya berkahwin kerana sunnah Nabi
793 - Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Sesungguhnya beberapa orang Sahabat r.a bertanya kepada isteri-isteri Nabi s.a.w mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Nabi s.a.w memuji kepada Allah dan bersabda: Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku

6. Saya berkahwin kerana saya nak jadi seorang suami dan seorang ayah yang soleh

7. Saya berkahwin kerana semua orang berkahwin

8. Saya berkahwin kerana saya dah tua. Saya tak nak orang panggil saya bujang telajak

9. Saya berkahwin kerana nafsu saya bergelora

10. Saya berkahwin kerana saya rasa sunyi dan perlukan teman.

11. Saya berkahwin kerana nak menutup malu, kami dah terlanjur.

12. Saya berkahwin kerana kesian dekat dia. Saya nak bantu dia

13. Saya berkahwin kerana ayah dan ibu saya paksa saya berkahwin

Sekiranya saya meneruskan lagi senarai ini pastinya senarai akan bertambah panjang. Dan saya tidak dapat menafikan bahawa setiap perkahwinan tetap mempunyai sebab yang tersendiri. Cuma kalau kita selidiki apa yang Rasulullah saw katakan bila berbicara tentang perkahwinan :" Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan". (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))Kesimpulan, setiap perkahwinan mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Sama ada dari Al Quran mahu pun dari Hadis Nabi saw, ianya telah menyatukan 2 insan yang berbeza untuk hidup dalam satu bumbung dan berinteraksi, berkomunikasi dan berbicara sama ada secara fizikal mahupun secara batin. Visi dan misi ini yang memberikan kekuatan bagi seorang suami dan seorang isteri untuk menghadapi kehidupan di dunia.Namun ramai yang terlupa kenapa mereka berkahwin?

Apa matlamat mereka berkahwin. Ringkasnya sama ada untuk memenuhi tuntutan akal atau nafsu, batin atau zahir, emosi mahupun fizikal ianya adalah demi untuk kebaikan semua pihak.Lantas kenapa timbul isu-isu seperti di bawah?

1. Suami/ isteri saya sudah tidak sehaluan.

2. Suami/isteri saya telah berubah.

3. Suami/isteri sudah tidak serasi

4. Suami/isteri tidak bertanggungjawab.

5. Suami/isteri sudah tidak saling cinta mencintai.

6. Kasih sayang sudah pudar.

Asasnya, ramai yang berkahwin kerana nafsu. Ini merujuk kepada ayat Al QuranSurah Al Imran[3.14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).Dan sekiranya kita merujuk kembali Hadis Nabi saw bahawa wanita dikahwini kerana 4 sebab iaitu rupanya, hartanya, keturunannya dan agamanya, dapat kita simpulan bahawa ianya memenuhi sifat yang ada pada manusia. Kesukaan kepada rupa, harta dan keturunan namun perkara yang paling penting ialah agama kerana dengan agama sahaja kita akan kembali kepada Allah swt.Jelas sekarang bahawa semua isu yang timbul di kemudian hari ada berkait rapat dengan matlamat perkahwinan.Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah e bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan( ) tergantung niatnya( ). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya ( ) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .

Ciri-ciri pasangan sejati


1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.


2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.


3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.


4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??


6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?


7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?


8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .


9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.


10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas…

Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.


11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

Wednesday, February 18, 2009

Aku Mencari 5 perkara dan Menemukan...

Aku Mencari Keberkatan

Keperluan Hidup,

Aku Mendapatinya Dalam SOLAT DHUHA..


Aku Mencari Penerang

Untuk Alam Kubur,

Aku Mendapatinya Dalam SOLAT MALAM..,


Aku Mencari Jawapan

Untuk Menjawab Soalan Malaikat,

Aku Mendapatinya Dalam MEMBACA AL-QURAN?


Aku Mencari Alat

Untuk Berpegang Ketika

Menyeberang Titian Sirat,

Aku Mendapatinya Dalam PUASA SEDEKAH?


Aku Mencari

Naungan ?Arasy,

Aku Mendapatinya Dalam

MENGASINGKAN DIRI BERIBADAH KEPADA ALLAH TAALA!

Monday, January 26, 2009

Telah D Tagged oleh Cik Lydia...

Assalamualaikum W.b.t




Alhamdulillah.. dan terima kasih pada kak lydia, rupanyer saya la org pertama yang di tagged oleh kak lydia..huhu...jom kita jawab ...



1. Do you think you are HOT?



hm...x lah....biasa jerk..suam-suam kuku


2. Upload you fav pic.











nih yang paling the latest..kat KFC Jusco Seremban 2 (Sehari sebelum raya Cina..)muka budak kene chicken pop x ilang lg..





3. Why do you like this picture?
Gambo terbaru ..so i like to share with All of u..

4. When was the last time u ate pizza?
hm...pizza....thn lepas rasanyer...itu pun abg long blanje..

5. The last song u listen to?
Lagu Azie...kau tetap dalam anganku...

6. What are you doing right now besides this?
x de wat pape...tul2 ngadap benda nih jerk!

7. What name u prefer besides yours?
Muhammad Hafis bin Hashim...My love

8. People I tag:
1) Muhammad Hafis
2) Huda
3) Ain
4) Hidayah
5) Lyn
9. Who is No.1?
x kenai lg kaaa?? harap kenai dah noo...tu gambaq kat atas...

10. No.3 is having a relationship with?
relation ship with someone...she fall in love right now

11. Say something about No.5
Saya baru jerk bertandang ke rumah dia semalam...wedding day kakak dia..she nice...n so cute..

12. How about No.4
ini Hidayah...orgnyer kelakar...x kering gusi la ngan dia...sekarang slalu lepak umah dia...

13. Who is No.2?
Ini Huda...kawan sekerja kat Library. nice person..

Wednesday, January 7, 2009

Fenomena kena tindih : Kepercayaan atau kebenaran

Hanya untuk berkongsi maklumat... saya ada terbaca segmen pengalaman menyeramkan dalam 'Book and Readings ', byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk halus seperti jin atau hantu.
Ramai antara kita yang menterjemahkan bahawa kena tindih seperti tak boleh menggerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak benda2 pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainya).Kalau saya tanya, saya yakin mesti ramai jawab pernah kena.
Saya pun secara jujur mengakui pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa sekolah menengah dulu. Adalah dalam 3-4 kali jugak. Masa tu saya sedar... boleh bukak mata separuh. Saya tau saya sedar... tapi takleh gerak. Kengkadang geram gak sbb takleh gerak... pastu 5 minit barulah leh gerak. Saya dulu pun takut... mmg ingatkan kena hempap dah... lepas boleh gerak tu seram sejuk jer...Tapi setelah saya dewasa dan banyak membaca pasal biologi tubuh badan manusia, barulah saya tau kebenaran dia.
Ni saya nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih ni atau nama medicalnya 'sleep paralysis'.Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).Kebiasaannya, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM stage (rapid eye movement) .... waktu nyenyak ni, bijik mata kiter bergerak2. Otak akan bagi tau badan kita suruh rehat. So, badan kite kira macam switch off kejap... REM atonia (tader muscle tone).Otak kiter pun ader switch off button dipanggil RAS - Reticular Activating System. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni. So tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas, etc.) jer yang on.... kirenyer screen saver laaa or hibernate.So, bila kita bangun, RAS switched on balik... kita sedar fully awake state tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak untuk switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika sebelum otak nak activate balik.... mmg menakutkan tapi benar.Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full. Kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari tapi badan lain lumpuh, etc. Dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi) samada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak benda2 yang bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa macam ada sesuatu yang sentuh/hempap/ tindih, dll.)
Antara sebab atau benda2 yang boleh men'trigger' sleep paralysis:1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)3. sleep/rest deprivation (tak cukup tido la tu... penat sgt)4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan, bla2...5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( selalu dok lepak rumah jer tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal...aktiviti extreme)6. orang yang ader penyakit narcolepsy
So janganlah lagi percaya kononnya kena tindih ngan hantu hempap-hempap. Sebenornya korang lagi hantu!!!

Monday, January 5, 2009

Salam alaik

dah lama tak post artikel menarik kat cni..ade banyak bahan aku dah dapat ..
hm..ade masa nanti akan ku persembahkan kat korang sumer...
okay...tunggu dan lihat!..

11.19 minit malam...
sebelum buat asgmt...okeh..x bley lama2 kat cni...
assalamualaikum..