Thursday, March 19, 2009

12 Ways to Know That You Love Someone


TWELVE:

You talk with him/her late at night and when you go to bed you still think of him/her.


ELEVEN:

You walk really slowly when you are with him/her.


TEN:

You don't feel Ok when he/she is far away.


NINE:

You smile when you hear his/her voice.


EIGHT:

When you look at him/her,you do not see other people around you. You see only him/her..


SIX:

He/She is everything you want to think.


FIVE:

You realize that you smile every time you look at him/her.


FOUR:

You would do anything to see him/her.


THREE:

While you have been reading this, there was a person in your mind all the time.


TWO:

You've been so busy thinking of that person that you didn't notice that number 7 is missing.


ONE:

You are going to check above if that's true and now you are silently laughing to yourself.


NOW MAKE A WISH! YOU KNOW WHAT YOU WANT THE MOST........ .

Wednesday, March 18, 2009

Jika Cinta Penuh Cabaran


Jika di fikiran kita anggap hidup ini penuh dengan cabaran, maka segala yang kita lakukan akan dipenuhi dengan cabaran, dalam kerja, cinta juga kekeluargaan. Perkataan yang selalu bermain-main di fikiran akan membentuk satu sistem kepercayaan yang tersimpan di dalam minda separa sedar.Apa yang tersimpan kejap jauh di dasar minda, itulah yang akan difahami minda sebagai apa yang Anda mahukan.


Begitu juga dengan cinta.Andai di fikiran kita anggap cinta ni susah dicari dan penuh cabaran, maka ia akan jadi susah dicari. Anda akan susah memahami cinta cemana yang Anda nakkan, kemudian bila Anda bercinta, tiada satu yang sangkut di jinjang pelamin. Mengapa? Sebab di fikiran Anda anggap cinta susah dicari. Jika perkara ini berlaku pada Anda, kaji diri Anda.Walaupun Anda berjaya mencari cinta, namun tak ada penyudahnya. Mulai hari ini, ubah tanggapan Anda tentang cinta.


Bila bercakap soal cinta, simpan kejap di dalam minda satu tanggapan yang cinta ni sebenarnya banyak terdapat di sekeliling kita, tak semestinya mencabar untuk di cari. Rasakan cinta itu wujud walaupun ia tak ada di situ. Hati yang dipenuhi rasa cinta, akan menarik lebih banyak cinta.Makna cinta terpulang pada Anda, terutama bagaimana Anda nak menikmati rasa cinta.


Mungkin, cinta bagi Anda adalah dengan meluangkan masa bersama, bergaduh-gaduh sayang, melakukan sesuatu aktiviti bersama atau hanya berutus surat elektronik melalui internet saja.Walau apapun caranya, pastikan Anda peralatkan semua itu untuk menyuburkan cinta di hati. Jika pada Anda bersembang lama salah satu cara untuk Anda bahagia dengannya, lakukan saja, asalkan tak melanggar syaraih dan batas-batas agama. Cinta di hati yang diniatkan sebagai ibadah, akan meresap jauh ke dalam sanubari.
Sumber: blog cinta from Shueqry

Tak Perlu Terlalu Suka, Tak Perlu Terlalu Membenci.


Jika Anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak Anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi. Jika Anda membenci seseorang, janganlah Anda terlalu membenci, kelak Anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.


Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi. Anda menyukai seseorang, Anda akan terpegun dengam kata-katanya, Anda memintai sesuatu Anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha Anda itu menempuh sejuta bahaya.


Anda mengagumi buta untuk melihat sejauh mana kecacatan yang ada padanya.Bersederhanalah dalam menyukai, memintai dan mengagumi. Kelak Anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah, tatkala Anda membuat keputusan dan tatkala menyintai. Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu, rasa minat yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.


Jika Anda terlalu mengharap, Anda akan terlalu kecewa apabila gagal. Mengharap itu boleh, tapi usah terlalu hingga Anda tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal. Setiap kegagalan menyimpan kejayaan, setiap masalah membuka peluang. Setiap jalan rezeki yang tertutup akan membawa kepada banyak lagi jalan rezeki yang akan terbuka.Moga Anda sentiasa bahagia hendaknya.

Tuesday, March 17, 2009

Rahsia Wanita...


WANITA TANAH...(haaa virgo adalah bulan sy)


Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei) , Virgo(24Ogos- 23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


WANITA API


Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius( 23 November-21 Disember).*Dilahirkan sebagai pemimpin*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA ANGIN


Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA AIR


Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Tip menjadi suami yang di kagumi....


Salam semua..


haaa artikel ini pun saya ambil untuk tatapan jejaka diluar sana yang dah bergelar suami ataupun bakal bergelar suami ..expecially for my love..


Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi?Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?


Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.


Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa..Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.


2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.


3. Suami € ¦’¸mithali" menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh ibanggakan isteri anda.


4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?


5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.


6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.


7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.


8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.


9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.


10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.


11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.


12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.


13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?


14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.


15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.


16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.


17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.


18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.


19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?


20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.


21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.


22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.


23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai € ¦’¸role model". Hidupkan amalan sunnah alam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.


24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.


25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.


26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.


27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.


28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.


29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.


30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.


Kenapa berkahwin???

Alhamdulillah ..saya terjumpa artikel nih di ruangan blogger lain..(maaf saya copy). artikel nih sangat menarik bg saya...kerana saya juga hampir menamatkan zaman bujang. saya paparkan pula diruangan saya untuk kawan2 sepermainan supaya kita saling dapat ingat mengingati antara satu sama lain..

Kenapa berkahwin?
Saban tahun beratus malah mungkin mencecah ribuan rakyat malaysia berkahwin. Dan sekiranya kita bertanya kepada mereka kenapa mereka berkahwin? Maka beberapa jawapan seperti di bawah akan kedengaran :

=1. Saya berkahwin kerana nak mendapatkan zuriat.
Bukankah Allah swt telah berfirman di dalam Al Quran :An-Nisaa[4.1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
2. Saya berkahwin kerana saya memerlukan pertolongan seorang isteri untuk berbuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan
.Surah Taubah[9.71] Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
3. Saya berkahwin kerana perkahwinan membuka pintu rezeki
Surah An Nur[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

4. Saya berkahwin kerana saya mahukan bersenang hati, hidup mesra dan berkasih sayang serta belas kasihan.
Surah Ar Rum[30.21] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
5. Saya berkahwin kerana sunnah Nabi
793 - Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Sesungguhnya beberapa orang Sahabat r.a bertanya kepada isteri-isteri Nabi s.a.w mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Nabi s.a.w memuji kepada Allah dan bersabda: Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku

6. Saya berkahwin kerana saya nak jadi seorang suami dan seorang ayah yang soleh

7. Saya berkahwin kerana semua orang berkahwin

8. Saya berkahwin kerana saya dah tua. Saya tak nak orang panggil saya bujang telajak

9. Saya berkahwin kerana nafsu saya bergelora

10. Saya berkahwin kerana saya rasa sunyi dan perlukan teman.

11. Saya berkahwin kerana nak menutup malu, kami dah terlanjur.

12. Saya berkahwin kerana kesian dekat dia. Saya nak bantu dia

13. Saya berkahwin kerana ayah dan ibu saya paksa saya berkahwin

Sekiranya saya meneruskan lagi senarai ini pastinya senarai akan bertambah panjang. Dan saya tidak dapat menafikan bahawa setiap perkahwinan tetap mempunyai sebab yang tersendiri. Cuma kalau kita selidiki apa yang Rasulullah saw katakan bila berbicara tentang perkahwinan :" Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan". (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))Kesimpulan, setiap perkahwinan mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Sama ada dari Al Quran mahu pun dari Hadis Nabi saw, ianya telah menyatukan 2 insan yang berbeza untuk hidup dalam satu bumbung dan berinteraksi, berkomunikasi dan berbicara sama ada secara fizikal mahupun secara batin. Visi dan misi ini yang memberikan kekuatan bagi seorang suami dan seorang isteri untuk menghadapi kehidupan di dunia.Namun ramai yang terlupa kenapa mereka berkahwin?

Apa matlamat mereka berkahwin. Ringkasnya sama ada untuk memenuhi tuntutan akal atau nafsu, batin atau zahir, emosi mahupun fizikal ianya adalah demi untuk kebaikan semua pihak.Lantas kenapa timbul isu-isu seperti di bawah?

1. Suami/ isteri saya sudah tidak sehaluan.

2. Suami/isteri saya telah berubah.

3. Suami/isteri sudah tidak serasi

4. Suami/isteri tidak bertanggungjawab.

5. Suami/isteri sudah tidak saling cinta mencintai.

6. Kasih sayang sudah pudar.

Asasnya, ramai yang berkahwin kerana nafsu. Ini merujuk kepada ayat Al QuranSurah Al Imran[3.14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).Dan sekiranya kita merujuk kembali Hadis Nabi saw bahawa wanita dikahwini kerana 4 sebab iaitu rupanya, hartanya, keturunannya dan agamanya, dapat kita simpulan bahawa ianya memenuhi sifat yang ada pada manusia. Kesukaan kepada rupa, harta dan keturunan namun perkara yang paling penting ialah agama kerana dengan agama sahaja kita akan kembali kepada Allah swt.Jelas sekarang bahawa semua isu yang timbul di kemudian hari ada berkait rapat dengan matlamat perkahwinan.Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah e bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan( ) tergantung niatnya( ). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya ( ) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .

Ciri-ciri pasangan sejati


1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.


2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.


3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.


4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??


6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?


7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?


8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .


9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.


10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas…

Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.


11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.