Saturday, August 8, 2009

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Assalamualaikum w.b.t

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketikabercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' denganorang lain pula.Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan'dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapisepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata."habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman NabiErtinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi,lalu nabi memberi respon : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malahAllah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah..
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasial, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?.Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya,adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.Mungkin kita akan berkata dalam hati :- " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :من قتل دون أهله فهو شهيدErtinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)Sekianp/s : Marilah kita sama-sama bertaubat meminta pengampunan daripada Nya Allah Yang Maha Pengampun lg Maha Penyayang agar diberi hidayah dan kekuatan dalam memahami agama ini seperti yang dikehendakiNya bukan seperti yang kita fahami.

copy daripada Laman web orang lain..saya post di sini untuk saling mengingati kawan2 yg lain dan diri saya sendiri.

Friday, August 7, 2009

Jawaban tag untuk kak lydia


Kekasih saya adalah:
Muhammad Hafis bin Hashim. seorang insan yang bernama lelaki.nakal jgk orgnyer..geram,hepi, sedey, mcm2 perasaan bile bersamanya..benci tp sayang..hahaha..


saya sedang mendengar:
lagu nasyid daripada UNIC : Antara dua kasih..saya suke sangat lagu ni wat masa ni..


Mungkin saya Patut:
study sbb sy nak exam ahad nih..nih la last paper saya untuk sem 4 nih..dah lama jgk saya blaja upenyer..diam x diam dah nak sem 5.
saya baru sudah:
baru sudah bc email..sumernyer bermanfaat..."membaca untuk kebaikan"


beza rakan, kawan dan sahabat:
peratusan kepercayaan yang diberikan


saya tidak faham:
saya tak faham dunia lelaki, bila kate wanita nih kompleks..lelaki plak ???


saya perlu mencari:
mencari masa sy yang hilang...sy dah terlalu byk membazirkan masa..sepatutnya sekarang..saya mungkin berada di tempat impian sy..!!


ayat terakhir yang di katakan pada sy :
pakwe saya kate, dia nak berehat sebab dia demam..rehat la abg..


makne hidup:
hidup ini indah jika kita tidak melalui dengan sambil lewa...kita adalah hamba Allah dan khalifah di muka bumi..tentukan hidup anda..! jgn biarkan ia menjadi misteri...!!!!


Cinta itu:
cinta....hehehe..kenapa saya gelak..sebab sy hepi..kenapa saya nangis..sebab cinta kadang menyedihkan,pedih.. kenapa saya susah hati..sebab cinta kadang perlu perhatian..kenapa saya bosan...sebab ....mcm 2 perasaan ada...klu kita pandai membawa tafsiran cinta ini ..adakah haluan ini masih sama dengan haluan pasangan kita..kita kena ade perbincangan supaya masing2 bahagia dan menerima seadanya.


saya paling suke:
paling suke buat apa yang saya suka laaa...apa yang saya suke..??macam2 saya suke..hidup ini indah..like aiskrim..nikmati ia sebelum cair..


saya akan cube:
cuba dapatkan anugerah dekan dalam study. .cuma menjadi seorang anak yg bertanggungjawab terhadap ibubapanya..cuba menjadi gadis dewasa..cuba memahami pakwe sy.


mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan Lah di akhir ayat mereka :
lah....sebab diorg suka laaa....


telefon bimbit saya :
Nokia N70 dengan Nokia x ingat lak model bape..hp lama je


katil saya :
saya x de katil..hahaha..cian kan saya..saya miskin..


soalan bagi saya yang tidak perlu ditanya :
x de kot..tanya la ape nak tanya pun..aiman x kesah!


teknologi adalah :
salah satu cara saya bersosial..membantu saya buat kerja denga lebih efisien..hehehe


bagaimana saya masak makanan yg saya pandai masak :
hm....mesti la siapkan barang nak masak ...dan masak sampai siap..kemudian mamam..


semalam :
semalam saya buat facial,..memicit jerawat..sakit ooo.muke kene la jaga kan ..anak dara kan kan kan???


hari ini :
hari ni? saya keja laa...masih keje mcm biasa...mkn tgh hari yg best...


esok pula saya akan :
esok saya keje mcm biasa..saya nak study start ari nih sampai ahad..chayo! azam ni..


malam ini saya akan :
malam nih ..nak study laaa...


saya betul-betul inginkan :
keluarga yang bahagia dunia dan akhirat...semua perempuan nak mcm tu ...


badminton atau futsal :
dua-dua x main...x de masa..huhuhu


karaoke :
x de sape ajak saya pi karaoke...hmm..


makanan jepun adalah :
makanan jepun adalah untuk orang jepun..


bilik yang terang atau gelap :
gelap la beshhh..


ayat terakhir yang nak anda cakap pada seseorang :
jadilah orang yg berguna di dunia dan akhirat..


kereta :
x de kereta..keta pun x pandai drive lg ..guane nak beli keta..


saya nak tag :
siapa yer...klu saya tag pun..mereka2 ini x de blog..adakah mereka akan tetap menjawab soalan ini andai mereka terbaca...jawpannyer : ontah...


saya x ingin men "tag" kan orang laen.





Jangan Mencari terlalu "Sempurna"


Jika kamu sedang memiliki seseorang….

TERIMALAH dia seadanya……

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……

Anggaplah dia manusia biasa……

Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN ….

tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan

MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayatDan bukannya MENGHUKUMNYA dan

MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnyaLalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……

Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……

Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……

Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……

Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……

Kamu akan MENYESAL ……


Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……

Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……

MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….

Mengapa kamu berlengah lagi?Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……

Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA

apabila dia menjadi milik orang lain……

Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”