Seorang lelaki bercerita kepada sahabatnya tentang pengembaraannya mencari wanita untuk dijadikan pasangan hidupnya. “Aku telah mengembara keseluruh dunia untuk mencari pasangan yang sempurna untuk dijadikan isteriku, dan telah ramai wanita yang aku temui”.
“Tidak lama dahulu, aku telah sampai ke Kaherah dan aku temui seorang wanita yang jelita, tinggi budi bahasa dan cukup agamanya, tapi sayangnya dia tidak punya pengetahuan tentang dunia dan sangat kolot kehidupannya. Lantas tingggalkan dia kerana aku rasa dia tidak sesuai untuk orang sepertiku,”
“Kemudian aku teruskan pengembaraanku hinggalah aku sampai ke Cordova, aku temui pula wanita yang lebih jelita, bijak dan berpengetahuan serta tahu tentang semua perkara tentang dunia, tetapi sayang dia tidak berminat hidup berumah tangga. Oleh itu, aku teruskan pengembaraan kerana aku tahu tidak rugi jika aku terus mengembara untuk mencari seorang perempuan yang memang diciptakan untukku”.
“Dan kemudian aku berjumpa pula dengan seorang lagi wanita di Baghdad . Dia memiliki semua ciri-ciri wanita yang aku idamkan dan aku pun meluahkan perasaanku kepadanya. Dia juga turut menyatakan perasaan yang sama terhadapku tetapi ibu bapanya pula membantah lalu mereka mengahwinkannya dengan lelaki dari keturunannya.”
“Setelah jauh mengembara dan semakin hampa kerana aku masih lagi tidak berjumpa dengan wanita yang aku cari-cari, tiba-tiba aku terpandang seorang wanita yang cukup jelita semasa aku sampai di Cairo . Wanita itu sangat jelita dan setelah aku risik aku dapati dia memang seorang wanita yang sempurna yang aku dambakan. Dia cantik, berbudi bahasa, pengetahuannya tentang dunia dan agama sangat hebat. Dia tinggal bersama orang tuanya dan masih dara. Aku memutuskan bahawa dialah wanita yang akan kongsikan segala-galanya dengannya.”
“Jika begitu mengapa tidak engkau pinang sahaja dia, kan rugi jika engkau terlepas wanita sebaik itu?” Tanya sahabatnya.
“Itulah... ,” jawab lelaki itu. “Dia juga sedang mencari seorang lelaki yang sempurna untuk dijadikan suami”.