Cahaya yang mengagumkan dan tinggi darjatnya. Itulah makna di sebalik nama puteri sulung kami Nur Fatin Alieyah yang dilahirkan pada 14 September 2006 jam 6.38 petang seberat 2.89 kilogram. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi di atas pemberian cahaya yang menyinari hidup kami. Pahit getir mengharungi 12 jam di ‘Labor Room’ reda apabila melihat kelibat kecil yang mulus di hadapan mata. Air mata mengalir tanda kesyukuran yang tidak terhingga di atas anugerah yang tidak ternilai daripada Allah S.W.T. Segalanya bermula di sini....
Seperti biasa ibu menghadiri pemeriksaan antenatal. Ibu masih ingat, tanggal 13 September 2006, ibu menjalani pemeriksaan seperti biasa dan ibu yakin ibu akan ditahan di wad hari ini. Memang benar. Doktor memberitahu anak ibu harus dilahirkan hari ini lantas babah menguruskan proses kemasukan wad ibu. Setelah segala urusan selesai, ibu dibawa ke wad. Di sana, ibu dipasang wayar yang berselirat di perut untuk memasang alat CTG. Alat ini mengawasi tekanan darah ibu, kontraksi dan denyutan jantung anak ibu.
Selepas solat Isyak, ibu disorong ke Bilik Bersalin. Ibu ditempatkan di Bilik Pemerhatian sementara menunggu Bilik Bersalin kosong. Di sini ibu masih lagi dipasangkan alat CTG. Jam 10 malam, jururawat memberikan ibu Prostin E2. Kontraksi masih tidak kelihatan, rahim masih lagi tidak terbuka. Jam 12 malam baru kelihatan garis-garis kontraksi pada helaian mesin CTG tetapi ibu masih tidak terasa kontraksi. Di waktu pagi yang hening, ibu sudah terasa serangan kontraksi. Selang 15 minit sekali. Ibu masih bertahan demi untuk anak ibu. Walaupun doktor menasihatkan ibu untuk mengambil epidural, ibu masih berdegil untuk mengharungi segalanya. Ibu mahu merasakan keperitan melahirkan anak ibu. Namun, kontraksi makin kuat terasa sehinggakan airmata ibu tidak terbendung lagi. Ibu beruntung mendapat jururawat yang sentiasa baik dan sabar melayan ibu. Terima kasih pada jururawat yang menjaga ibu. Dia pula yang risau melihat ibu menangis sehingga akhirnya ibu disuntik ubat penahan sakit. Walaupun ianya tidak sekuat epidural, tapi mampulah melelapkan mata ibu walau seketika.
Tanggal 14 September 2006, selepas solat Subuh, ibu diberi ubat untuk mengosongkan perut ibu dan selepas itu dibawa ke Bilik Bersalin. Takut. Seram Sejuk. Gembira. Semuanya bercampur-baur. Apabila sudah memakai pakaian seragam hospital, ibu semakin takut. Mampukah ibu mengharungi semua ini? Ibu yakin, ibu boleh. Walaupun ketika itu ibu sudah terasa kesakitannya yang kerap kali terjadi. Sebaik sahaja sampai di Bilik Bersalin, ibu berbaring lagi dan mesin CTG tetap dipasang. Bidan silih berganti menjaga ibu. Sehingga jam 12 tengahari, rahim ibu baru terbuka 5 cm. Alhamdulillah. Akhirnya, bukaan rahim ibu semakin besar. Kata-kata doktor mengatakan sebentar lagi ibu akan melahirkan anak ibu cukup menenangkan ibu. Tapi apakan daya ibu, anak ibu masih ingin berada di dalam perut ibu. Kontraksi semakin kuat, air ketuban telah dipecahkan. Namun, bukaan rahim ibu masih sama. Tekanan darah ibu semakin tinggi. Denyutan jantung anak semakin lemah. Ketika ini, ibu amat risau sekali. Ibu takut keadaan ibu akan menyebabkan anak ibu berada di dalam keadaan yang tidak stabil. Jururawat yang menjaga ibu juga risau dengan keadaan ibu. Akhirnya ibu mengalah, ibu terpaksa mengambil epidural. Setelah mengambil epidural, dapatlah ibu berehat seketika. Tekanan darah ibu dan denyutan jantung anak ibu semakin stabil. Lega ibu rasakan.
Kerana terlalu bosan dan lapar kerana tidak makan sejak 13 September 2006, ibu meminta babah untuk memasang televisyen. Cerita kegemaran ibu, Bawang Putih Bawang Merah sedang disiarkan. Ketika itu, kekerapan kontraksi semakin ibu rasai. Ibu juga hairan mengapa epidural yang ibu ambil tadi tidak lagi membantu ibu melegakan kesakitan ibu. Sungguh kuat kontraksi kali ini, sehingga ibu tidak terdaya. Epidural tidak mampu menandingi kesakitan ibu. Terlalu sakit. Perit. Ibu benar-benar tidak terdaya. Jururawat kerap kali melihat bukaan rahim ibu. Masih 5 cm. Sakit yang teramat.
Akhirnya tepat jam 5 petang, bukaan rahim ibu telah menjangkau 9 cm. Jururawat telah menyiapkan segala yang perlu untuk menyambut anak ibu. Doktor telah dipanggil. Kesakitan ibu semakin perit. Sejenak ibu terfikir, mengapa epidural yang ibu ambil tidak mampu menandingi kesakitan ibu. Rasa menyesal juga ada. Jika ibu tahu begini jadinya, tidak mungkin ibu mengambil epidural. Di dalam kesakitan, ibu mengharungi getirnya mengeluarkan anak ibu. Setelah banyak kali ibu cuba, ibu tidak mampu lagi. Doktor akhirnya mengambil keputusan menggunakan bantuan vacuum untuk mengeluarkan anak ibu. Tepat jam 6.38 petang, anak ibu lahir ke dunia ini. Alhamdulillah. Semasa proses membersihkan rahim ibu dan menjahit, mata ibu hanya tertumpu pada anak ibu. Setelah anak ibu dibalut dan diukur, terdengar sayup-sayup di telinga ibu, babah sedang mengiqamatkan anak ibu. Segala keperitan ibu hilang begitu sahaja.
Tetapi apakan daya ibu, Allah masih mahu menduga ibu, sekali lagi ibu berdepan dengan kesakitan. Ibu kuatkan semangat dengan melihat anak ibu. Menurut doktor, setelah dijahit, pendarahan masih lagi berlaku. Setelah diperiksa, ada ketulan darah beku. Tetapi setelah dikeluarkan, masih lagi ada pendarahan. Doktor mengambil keputusan untuk menjahit dan melihat perkembangan ibu. Sekiranya masih berdarah, tindakan selanjutnya akan diambil. Namun, pendarahan berhenti dan ibu tidak pasti bila ibu terlelap. Pastinya ibu terlalu letih dan tidak sedar kerana menyedut gas penahan sakit ketika dijahit tadi.
Walau apa pun dugaan yang dilalui, ibu cukup gembira. Apatah lagi babah. Kehadiran puteri permata hati ini benar-benar membahagiakan ibu dan babah. Kalimat Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin yang tidak pernah terputus dari mulut ibu masih lagi ibu baca sehingga ibu terlelap. Ibu tersedar jam 9 malam 14 September 2006. Ketika itu tiada sesiapa di sisi. Keseorangan. Tidak lama kemudian babah muncul. Persoalan pertama ibu.. di mana anak ibu? Anak ibu ada di nurseri. Sedang dibersihkan. Hanya senyuman dapat ibu berikan. Selang lima minit, ibu disorong ke wad. Tidak ibu menyangka rupa-rupanya ibu berada di Bilik Bersalin semenjak pukul 9 malam 13 September 2006 sehingga pukul 9 malam 14 September 2006.
Terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu ibu semasa ibu bertarung di sana. Buat babah, ibu benar-benar menghargai setiap detik yang babah luangkan bersama ibu. Ibu tahu sepanjang ibu di hospital, babah banyak bersabar dengan karenah ibu. Buat doktor-doktor, jururawat-jururawat, pekerja-pekerja Hospital Pakar Ampang Puteri, jasa baik kalian semua semasa ibu di sana amat dihargai. Terima kasih juga buat abah, mak, mak mertua, adik beradik, sahabat handai, yang sentiasa mendoakan keselamatan ibu dan Alieyah.
Buat anak ibu, Nur Fatin Alieyah, catatan ini dikarang agar menjadi azimat bila ibu tiada kelak. Jangan sesekali menderhaka pada babah. Sentiasa menghormati babah dan orang tua, pandai menjaga maruah diri dan keluarga. Ibu sentiasa berdoa agar anak ibu sentiasa diredhai, dirahmati dan dilindungi Allah S.W.T.
Ibumu,Siti Norsyahrila